Monday, March 5, 2012

EPL

Arsenal
Arsene Wenger mahu Arsenal percaya yang mereka boleh menulis semula sejarah dan mengatasi kelebihan 4 gol AC Milan dalam Liga Juara-juara.

Aston Villa
Pemain tengah, Stiliyan Petrov percaya Charles N'Zogbia kini mula memenuhi potensinya setelah membuat permulaan kerjaya yang sukar di Villa.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean berkata David Dunn bukan sekadar pemain bagi Blackburn dan jangka dia akan menjadi jurulatih di situ bila dia bersara.

Bolton
Pemain tengah Bolton, Stuart Holden cuba kekal positif ketika dia menjalani proses pemulihan yang terkini bagi melancarkan semula kerjayanya.

Chelsea
Sven Goran Eriksson mengaku dia berminat untuk menguruskan Chelsea, sekiranya ditawarkan peluang itu dan faham mengapa Villas-Boas dipecat.

Everton
Sylvain Distin percaya Royston Drenthe membawa sentuhan fantasi kepada permainan Everton dan tidak mahu semangat bebas pemain itu dikekang.

Fulham
Pavel Pogrebnyak mengaku dia sendiri terkejut dengan prestasi dirinya, setelah menjaringkan 5 gol dalam 3 kemunculan sejak dia tiba di Fulham.

Liverpool
Martin Skrtel menegaskan bahawa dua piala di dalam musim ini mampu mengubat kekecewaan Liverpool kerana tidak mampu mengejar empat tempat utama.

Manchester City
Manchester City dilapor akan membuat tawaran pada musim panas untuk pemain tengah Bologna, Gaston Ramirez yang dianggarkan bernilai EUR15 juta.

Manchester United
Rio Ferdinand berkata sikap profesional Manchester United adalah faktor utama kepada rekod cemerlang skuad Red Devil di tempat lawan musim ini.

Newcastle United
Shola Ameobi kini mensasarkan tempat ke Eropah setelah dia menyelamatkan satu mata dengan menjaringkan gol penyamaan ketika bertemu Sunderland.

Norwich City
Paul Lambert dilapor mahu mendapatkan Chris Gunter kerana kebolehannya bermain di sebeleh kiri dan bukan posisi kegemarannya di sebelah kanan.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes mengesahkan Heidar Helguson sudah hampir pulih setelah sebulan mengalami kecederaan pangkal paha.

Stoke City
Pemain Stoke, Matthew Etherington menafikan pendapat yang mengatakan prestasi buruknya pada musim ini berpunca daripada masalah perjudiannya.

Sunderland
Pihak Sunderland dilapor telah menerima tawaran daripada sebuah kelab dari Qatar untuk Asamoah Gyan yang ketika ini dipinjamkan kepada Al-Ain.

Swansea City
Alan Tate mendakwa pemain Wigan, Jordi Gomez memang suka memperbesar-besarkan faul dan reaksinya telah menyebabkan Nathan Dyer dibuang padang.

Tottenham
Harry Redknapp yakin Tottenham masih lagi pilihan utama untuk menamatkan musim ini di tempat ketiga, walaupun mereka tewas pada hari Ahad lalu.

West Brom
Pengurus Baggies, Roy Hodgson akui kesabaran yang ditunjukkan kepada Alex Ferguson ketika dia mula menjadi pengurus Man Utd, tidak lagi wujud.

Wigan Athletic
Alan Tate mendakwa pemain Wigan, Jordi Gomez memang suka memperbesar-besarkan faul dan reaksinya telah menyebabkan Nathan Dyer dibuang padang.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Terry Connor berharap Karl Henry tidak akan mengalami kecederaan serius kerana pemain itu adalah pemain penting pasukannya.

No comments:

Post a Comment