AC Milan
Pemain tengah veteran, Mark Van Bommel sanggup menangguhkan impiannya kembali ke PSV Eindhoven jika dia ditawarkan kontrak baru di AC Milan.
AS Roma
Agen Mattia Destro tidak menolak kemungkinan berpindah ke Roma yang dilapor akan menawarkan Marco Borriello sebagai sebahagian pertukaran.
Atalanta
Berita buruk untuk pengurus Atalanta, Stefano Colantuono kerana Daniele Capelli dijangka tidak dapat beraksi setelah patah tempurung lutut.
Bologna
Penjaga gol, Jean-Francois Gillet menjanjikan komitmennya kepada kelab Bologna setelah mengaku dia kekal di Dall'Ara untuk beberapa tahun lagi.
Cagliari
pengurus Cagliari, Massimo Ficcadenti setelah Daniele Dessena disahkan tidak dapat beraksi kerana mengalami keretakan pada tulang bahunya.
Catania
Pemain Catania, Pablo Barrientos berkata adalah normal untuk pemain kadang-kala mengalami kemerosotan dan berharap dia boleh bermain Ahad ini.
Cesena
Pengurus Cesena, Mario Beretta berjanji dia hanya akan menurunkan pemain yang layak dan percaya dengan caranya sepanjang baki kempen musim ini.
Chievo
Pemain pertahanan Chievo, Dario Dainelli gembira kembali beraksi dan menggesa pemainnya supaya tingkatkan keazaman dan fokus dalam perlawanan.
Fiorentina
Fiorentina akan beraksi pada hari Sabtu dengan kesedaran bahawa Viola tidak pernah menewaskan Juventus di stadiumnya dalam Serie A sejak 1998.
Genoa
Genoa telah menyerahkan tawaran untuk penyerang Universitario de Deportes, Edison Flores Peralta yang juga menjadi sasaran Palermo dan Napoli.
Inter Milan
Presiden Inter, Massimo Moratti mengaku bahawa Nerazzurri akan pertimbangkan keputusan merombak skuad mereka yang tua pada musim panas nanti.
Juventus
Momo Sissoko mengaku bahawa dia akan mengambil kapten Juventus, Alessandro Del Piero sekiranya dia menguruskan hal-hal pemain Paris St Germain.
Lazio
Lazio adalah antara calon destinasi pemain Lyon Ederson, tetapi agennya menafikan dakwaan bahawa dia telah bersetuju mengenai kontrak 4 tahun.
Lecce
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dilapor telah bertanyakan mengenai pemain milik Udinese, Juan Cuadrado yang ketika ini berada di Lecce.
Napoli
Chelsea mara ke suku akhir setelah John Terry jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara musim ini untuk menyingkirkan kelab Napoli.
Novara
Pemilik Novara, Massimo De Salvo umum bahawa dia tidak akan pertahankan mana-mana ahli yang didapati bersalah terlibat dalam perjudian haram.
Palermo
Naib presiden Palermo, Gugliemo Micciche menafikan laporan yang mengatakan mereka mahu mendapatkan pengurus Lazio, Edy Reja pada musim hadapan.
Parma
Parma menafikan laporan yang mengaitkan kelab itu dengan penyerang Juventus, Borriello dan Quagliarella kerana gaji mereka terlalu tinggi.
Siena
Agen Mattia Destro tidak menolak kemungkinan berpindah ke Roma yang dilapor akan menawarkan Marco Borriello sebagai sebahagian pertukaran.
Udinese
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dilapor telah bertanyakan mengenai pemain milik Udinese, Juan Cuadrado yang ketika ini berada di Lecce.
No comments:
Post a Comment