Thursday, March 15, 2012

Serie A

AC Milan
Ignazio Abate tidak dapat turun menentang Parma dan Juventus setelah pemain AC Milan itu dilaporkan mengalami masalah otot ketika berlatih.

AS Roma
AS Roma dilapor telahpun mencapai persetujuan dengan Lyon mengenai pembelian Michel Bastos yang berazam untuk keluar pada musim panas nanti.

Atalanta
Pemain tengah Atalanta, Diego Perez mempunyai rekod disiplin paling teruk dalam skuadnya setelah menerima 12 kad kuning dalam 21 kemunculannya.

Bologna
Penyerang, Robert Acquafresca ramal Bologna akan menggunakan keutamaan mereka untuk membeli kontraknya daripada Genoa pada hujung musim ini.

Cagliari
Joaquin Larrivey adalah penjaring terbanyak pasukan Cagliari dengan 7 gol setelah membuat 30 cubaan dalam 21 kemunculannya pada musim ini.

Catania
Penjaga gol, Mariano Andujar akan bertemu dengan direktor, Pietro Lo Monaco pada minggu hadapan bagi membincangkan masa depannya di Catania.

Cesena
Presiden Cesena, Igor Campedelli mendedahkan bahawa kelab itu telah menolak peluang mengambil Michael Bradley kerana mahukan Antonio Candreva.

Chievo
Penyerang Chievo, Davide Moscardelli percaya bahawa pertukaran taktik bukanlah faktor utama kepada kekalahan mereka di tangan Inter Milan.

Fiorentina
Pengurus Fiorentina, Delio Rossi dilapor akan merehatkan Valon Behrami bila bertemu Catania bagi memastikan dia boleh turun menentang Juventus.

Genoa
Presiden Genoa, Enrico Preziosi mengaku bahawa kempen 2011-2012 ini amat mengecewakan, tetapi dia masih mengharapkan sesuatu yang positif.

Inter Milan
Inter dilapor telah menjadikan pemain tengah Montpellier, Younes Belhanda sebagai salah seorang sasaran utama mereka pada musim panas nanti.

Juventus
Juventus dilapor sedang sediakan tawaran bernilai EUR30 juta sama ada untuk pemain Arsenal, Robin Van Persie atau Luis Suarez dari Liverpool.

Lazio
Bayern Munich dilapor sanggup menawarkan EUR16 juta kepada Lazio untuk mendapatkan pemain tengah, Anderson Hernanes pada musim panas nanti.

Lecce
Pertahanan Lecce, Davide Brivio gembira dengan prestasinya dan berharap dapat beri sumbangan penting dalam usaha mereka kekal dalam Serie A.

Napoli
Presiden, Aurelio De Laurentiis menetapkan matlamat untuk kembali ke dalam Liga Juara-juara berikutan penyingkiran Napoli di tangan Chelsea.

Novara
Jeda berkata rakan sepasukannya di Novara berazam untuk menamatkan musim dengan baik tanpa mengira sama ada mereka berjaya mencapai objektif.

Palermo
Penyerang Palermo, Fabrizio Miccoli membidas media Itali setelah dia dituduh sengaja menyebabkan dirinya dilayangkan kad pada minggu lalu.

Parma
Pemain pertahanan Parma, Cristian Zaccardo mahu mendapatkan 3 mata bila menentang AC Milan, walaupun dia tahu amat sukar untuk mencapainya.

Siena
Penyerang Siena, Pablo Gonzalez mengumumkan bahawa dia bolah turun menentang Novara dan berharap dapat membantu tugas Bogdani serta Destro.

Udinese
Antonio Di Natale jaringkan golnya yang ke-4 dalam Liga Europa, tetapi ia belum cukup untuk menghalang Udinese daripada disingkirkan oleh AZ.

No comments:

Post a Comment