AC Milan
Pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri menegaskan bahawa dia tiada masalah dengan Zlatan Ibrahimovic kerana mereka mahukan objektif yang sama.
AS Roma
Fabio Borini jaringkan golnya yang ke-9 dalam Serie A untuk Roma menang di tempat lawan buat kali yang ke-5 setelah menentang skuad Palermo.
Atalanta
Pemain pertahanan Atalanta, Federico Peluso dilapor telah menarik perhatian kelab Wolfsburg yang akan menawarkan EUR6 juta untuk membelinya.
Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli mahu pasukannya bertindak proafktif menentang Lazio dan cuba menyerang kelemahan Biancoceleste di Olimpico.
Cagliari
Pemain pertahanan Cagliari, Davide Astori mungkin berpindah ke Liga Premier Rusia setelah dia dikaitkan dengan kelab seperti Spartak Moscow.
Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella umumkan bahawa mereka akan ambil pendekatan berhati-hati serta tenang bila menentang Fiorentina dan Lazio.
Cesena
Pemain pertahanan Cesena, Vangelis Moras mengaku skuadnya wajib menewaskan Siena bagi meningkatkan semula semangat dan merapatkan jurang mata.
Chievo
Penyerang, Cyril Thereau mengaku skuad Chievo tidak menunjukkan sikap yang betul ketika menentang Inter dan tidak berusaha untuk memenanginya.
Fiorentina
Berita baik untuk pengurus Fiorentina, Delio Rossi kerana penyerang, Stevan Jovetic dijangka boleh turun menentang Juventus pada minggu depan.
Genoa
Pengurus Genoa, Pasquale Marino yakin Juventus tidak menghadapi sebarang krisis kerana pasukan Bianconeri masih belum tewas pada musim ini.
Inter Milan
Massimo Moratti puji kemenangan ke atas Chievo, tetapi Inter perlu tunjukkan keinginan dan keazaman yang lebih tinggi bila menentang Marseille.
Juventus
Antonio Conte memulau pihak media setelah digantung perlawanan, sementara Angelo Alessio berkata skuad Juventus akan menggandakan usaha mereka.
Lazio
Lazio dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk penyerang Sweden, Johan Elmander yang ketika ini terikat kepada kelab Turki, Galatasaray.
Lecce
Penolong pengurus, Mario Palazzi berkata Lecce teruja untuk mendapatkan mata bila menentang Milan dan mereka tidak gentar dengan Rossoneri.
Napoli
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis mempunyai ide yang radikal - perlawanan penentuan antara empat kelab teratas supaya musim lebih menarik.
Novara
Pengurus Novara, Attilio Tesser mengesahkan bahawa Mascara, Jeda, Morimoto dan Rubino akan mengepalai serangan bila mereka menentang Udinese.
Palermo
Fabio Borini jaringkan golnya yang ke-9 dalam Serie A untuk Palermo tewas di tempat sendiri buat kali yang ke-4 setelah menentang skuad Roma.
Parma
Pemain tengah Parma, Jaime Valdes mengaku dia tidak biasa bermain di posisi pertahanan, tetapi berharap boleh memanfaatkan pengalaman itu.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino mengesahkan yang Erjon Bogdani, Emmanuele Calaio dan Mattia Destro akan mengepalai serangan menentang Cesena.
Udinese
Pemain Udinese, Mehdi Benatia sedar tidak mudah untuk mengatasi kelebihan gol AZ, tetapi Arsenal telah membuktikan bahawa ia tidak mustahil.
No comments:
Post a Comment