Arsenal
Arsene Wenger beri amaran kepada Arsenal supaya jangan mengheret diri mereka ke Neraka dengan memandang rendah ancaman tuan rumah, Norwich.
Aston Villa
Alex McLeish mahu membalas dendam terhadap salah satu daripada pengalaman yang paling teruk dalam kerjayanya bila Villa menentang Tottenham.
Blackburn
Steve Kean menegaskan bahawa pemilik Blackburn telah kotakan segala janji mereka, tetapi menggariskan bahawa mereka mempunyai skuad yang muda.
Bolton
Owen Coyle mengingatkan pemain muda Bolton, Joe Riley bahawa dia perlu terus bekerja keras, menjelang kemunculan keduanya dalam Liga Premier.
Chelsea
Andre Villas-Boas mengaku Liverpool adalah ancaman kepada Chelsea, dan ramal Fernando Torres akan bertindak cemerlang menentang kelab lamanya.
Everton
David Moyes gembira Fellaini mengikat masa depannya kepada Everton dan percaya perjanjian itu buktikan yang Toffees bukan kelab yang menjual.
Fulham
Martin Jol beri amaran kepada Tottenham bahawa Moussa Dembele bukan untuk dijual dan berkata pemain itu beri dimensi tambahan kepada Fulham.
Liverpool
Penjaga gol, Jose Reina menegaskan bahawa Liverpool tidak terasa kehilangan Fernando Torres berikutan prestasi Luis Suarez yang mengagumkan.
Manchester City
Pengurus, Roberto Mancini mahu Adam Johnson menjadi pemain yang lebih bagus, selepas dia menandatangani kontrak 4 setengah tahun yang baru.
Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan bahawa penyerang, Dimitar Berbatov akan ditawarkan kontrak untuk satu tahun lagi.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew masih meremehkan potensi pasukannya untuk merebut gelaran juara atau tempat ke Liga Juara-juara musim ini.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert sedar akan ancaman Arsenal terhadap pasukan Norwich, tetapi menegaskan bahawa mereka tetap akan cuba tewaskan Gunners.
Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock sanggup hantar Adel Taarabt ke Perancis sejikanya Paris Saint-Germain menawarkan GBP20 juta untuk penyerang itu.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis gesa semua orang yang berkaitan dengan kelab itu untuk bersatu-padu dalam usaha mereka keluar dari kemerosotan.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce mengaku kelab itu perlukan masa untuk mencari pemain yang mampu menggantikan Darren Bent dan Danny Welbeck.
Swansea City
Pemain Swansea, Nathan Dyer tidak mengendahkan cakap-cakap mengenai skuad kebangsaan, kerana yakin dia masih perlu meningkatkan kemahirannya.
Tottenham
Pemain sayap, Gareth Bale mengaku yang dia berbesar hati dikaitkan dengan Barcelona, tetapi menegaskan bahawa dia gembira berada di Tottenham.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson lebih mementingkan jadual perlawanan mereka sebelum cuti musim sejuk tiba berbanding rundingan kontraknya.
Wigan Athletic
Roberto Martinez yakin pengalaman yang dilalui oleh pemain Wigan pada musim lalu akan membantu mereka mengelakkan penyingkiran sekali lagi.
Wolverhampton
Mick McCarthy berharap tenaga positif daripada pemain Republik Ireland yang ada di dalam skuadnya akan membantu meniup semangat skuad Wolves.
No comments:
Post a Comment