Saturday, November 26, 2011

EPL 27/11/2011

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata walaupun dia kecewa pasukannya gagal menewaskan Fulham, dia puas hati dengan reaksi para pemainnya.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish akan membuat rombakan terhadap pasukannya kerana dia mahukan reaksi besar bila mereka menentang Swansea.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean berazam untuk memenangi hati pengkritiknya, berikutan satu lagi kekalahan skuadnya selepas bertemu Stoke City.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle kecewa tewas di tangan Everton dan merungut mengenai nasib buruk mereka beriuktan kad merah untuk David Wheater.

Chelsea
Andre Villas-Boas yakin pasukannya masih boleh menjuarai Liga Premier, selepas menamatkan fasa 'kekalutan' dengan kemenangan ke atas Wolves.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes berharap pasukannya boleh mengumpulkan sedikit momentum setelah menang berturut-turut dalam kunjungan ke Bolton.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mengaku dia puas hati dengan persembahan pasukan dan keputusan perlawanan setelah berjaya seri dengan Arsenal.

Liverpool
Stewart Downing berkata Liverpool tidak gentar dengan Manchester City dan keyakinan skuadnya memuncak berikutan kemenangan mereka di Chelsea.

Manchester City
Beppe Marotta menegaskan yang Juventus tidak berminat dengan Carlos Tevez dan tidak pernah menghubungi pemain Man City itu ataupun agennya.

Manchester United
Sir Alex Ferguson berharap penalti yang dipertikaikan dalam keputusan seri dengan Newcastle tidak akan jejaskan peluang Man Utd menjadi juara.

Newcastle United
Alan Pardew percaya Newcastle sememangnya berhak seri di Manchester United dan memuji para pemainnya yang bersikap positif di Old Trafford.

Norwich City
Selepas menewaskan QPR, pengurus Norwich, Paul Lambert memuji Grant Holt kerana tidak pernah patah semangat walaupun duduk di bangku simpanan.

Queens Park Rangers
Berikutan kekalahan kepada Norwich, Neil Warnock membidas pihak Liga Premier kerana tidak membenarkan QPR mengambil penjaga gol kecemasan.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis gembira kembali mencatatkan kemenangan, tetapi menegaskan bahawa dia tidak bimbang mengenai situasi sebelum ini.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce umum dia tidak akan meletakkan jawatannya walaupun penyokong mula menyasarkannya ketika tewas kepada Wigan.

Swansea City
Penyerang, Luke Moore kecewa kurang mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama, tetapi berazam untuk merampas satu tempat bagi dirinya.

Tottenham
Harry Redknapp berpendapat bahawa Tottenham sepatutnya tewaskan West Brom dengan jumlah gol yang lebih besar, berikutan dominasi pasukannya.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson percaya mereka tidak sepatutnya tewas kepada Tottenham kerana persembahan pasukannya berhak diberi satu mata.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez memuji sikap para pemainnya ketika menentang Sunderland, berikutan kemenangan pertama Latics sejak Ogos lalu.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy anggap pasukannya telah 'membunuh diri' bila melepaskan gol awal dalam kekalahan mereka di Stamford Bridge.

No comments:

Post a Comment