Athletic Bilbao
Ander Herrera bimbang dengan pujian keterlaluan yang Athletic Bilbao terima dan beri amaran bahawa mereka belum mencapai apa-apa kejayaan.
Atletico Madrid
Joao Miranda mengaku Atletico bermain di bawah tahap biasa ketika bertemu Levante dan tidak tahu mengapa mereka kurang bagus di tempat lawan.
Barcelona
Pemain remaja Barcelona, Sergi Roberto dilapor telah menjadi pemain sasaran utama Chelsea di dalam pasaran musim pada bulan Januari nanti.
Espanyol
Berita baik untuk Espanyol kerana kecederaan Sergio Garcia tidak seteruk yang disangkakan, tetapi dia belum pasti boleh bermain minggu ini.
Getafe
Penyerang, Miku percaya dengan fokus dan dedikasi Getafe bolah bangun daripada kekalahan di Gijon dan mengejutkan skuad Barcelona minggu ini.
Granada
Penyokong remaja Granada yang membaling payung pada hujung minggu lalu telah dibebaskan, tetapi kelab itu mungkin didenda kerana insiden itu.
Levante
Pemain tengah Levante, Jose Barkero berkata skuadnya buat kesilapan terlalu awal cuba mencari gol kedua dan akhirnya tewas kepada Atletico.
Malaga
Penyerang Malaga, Sebastian Fernandez gembira dengan prestasi peribadi, selepas jaringkan gol ketika menentang Racing dan juga untuk Uruguay.
Osasuna
Damia Abella mengaku perlawanan menentang Rayo adalah persembahan Osasuna yang paling teruk di tempat sendiri, tetapi ia boleh dibuat teladan.
Racing Santander
Pihak APR mengaku masih ada kemungkinan yang Racing Santander akan kekal tanpa pemilik, pelabur dan jawantankuasa lembaga sepanjang musim ini.
Rayo Vallecano
Penyerang Rayo, Andrija Delibasic berkata pasukannya akan berusaha mendapatkan mata bila menentang Valencia dan cuba berseronok di Barcelona.
Real Betis
Pengurus Betis, Pepe Mel buat beberapa perubahan kepada skuadnya di dalam latihan bagi menghadapi perlawanan yang mungkin menentukan nasibnya.
Real Madrid
Gonzalo Higuain jaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-juara untuk Real Madrid menang kali kelima dalam kumpulan D setelah bertemu Zagreb.
Real Mallorca
Berita buruk untuk Real Mallorca kerana Jose Manuel Flores yang terkehel ketika menentang Granada mungkin tidak dapat turun menentang Racing.
Real Sociedad
Real Sociedad mengesahkan bahawa Asier Illarramendi akan menjalani pembedahan pada lutut dan mungkin tidak dapat beraksi selama tiga bulan.
Real Zaragoza
Pengurus Zaragoza, Javier Aguirre akan naikkan Kilian Falcon ke skuad utama kerana Pablo Alcolea akan menjalani pembedahan kerana patah jari.
Sevilla
Pemain Sevilla, Martin Caceres tidak menjalani latihan kerana masalah otot dan telah menjalani pemulihan bersama Kanoute, Medel dan Fazio.
Sporting Gijon
Penyerang Gijon, Nacho Novo yang menjaringkan gol pada hari Ahad lalu, dilapor telah menjadi calon 'Hall of Fame' di kelab lamanya, Rangers.
Valencia
Pemain tengah Valencia, Mehmet Topal berbesar hati dikaitkan dengan Liga Premier setelah Chelsea dan Man City dilapor berminat mengambilnya.
Villarreal
Mario Gomez jaringkan golnya yang keenam dalam Liga Juara-juara untuk Villarreal tewas kali kelima dalam kumpulan A setelah bermain di Munich.
No comments:
Post a Comment