Wednesday, November 23, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pemain tengah Bilbao, Javi Martinez berkata keputusan positif daripada perlawanan menentang Barca dan Sevilla buktikan skuadnya sudah matang.

Atletico Madrid
Gabi berkata tiada tempat lebih baik untuk Atletico buktikan diri selain di Bernabeu, tetapi mereka perlu bekerja lebih keras daripada Madrid.

Barcelona
Xavi Hernandez jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Barca menang kali keempat dalam kumpulan H setelah bertemu Milan.

Espanyol
Espanyol dilapor mahu mengambil pemain pertahanan veteran Arsenal, Sebastien Squillaci yang muncul hanya sekali untuk Gunners pada musim ini.

Getafe
Pemain tengah Getafe, Mehdi Lacen mengaku peluang untuk skuadnya menang di Camp Nou adalah tipis, tetapi berjanji mereka tetap akan mencuba.

Granada
Granada telah didenda EUR6,000 dan perlu membayar belanja untuk mengatur semula perlawanan menentang Real Mallorca yang terpaksa dihentikan.

Levante
Pemain tengah Levante, Ruben Suarez beri amaran kepada rakan sepasukannya supaya mengurangkan kesilapan, setelah tewas 3 kali berturut-turut.

Malaga
Berita buruk untuk pengurus Malaga, Manuel Pellegrini kerana doktor kelab mengesahkan Joaquin Sanchez tidak dapat beraksi selama 3 minggu.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar berkemungkinan besar boleh menurunkan Roversio Rodrigues bersama pasukannya ketika bertemu Espanyol.

Racing Santander
Racing terdesak mencari penyerang yang murah dan dilapor telah mengalihkan perhatian kepada Jorge Rodriguez daripada kelab Rayo Cantabria.

Rayo Vallecano
Pemain sayap, Tito menggesa Rayo supaya membuktikan diri di tempat sendiri bila menentang Valencia yang terluka selepas tewas kepada Madrid.

Real Betis
Pemain tengah, Ustaritz Aldekoatalora mendakwa bahawa Betis tenang dan fokus mengenai situasi mereka dan menyokong penuh pengurus, Pepe Mel.

Real Madrid
Iker Casillas berkata kemenangan ke atas Zagreb membuktikan betapa terujanya Real Madrid dan niat pasukannya untuk melakukan yang terbaik.

Real Mallorca
Pemain pertahanan Mallorca, Ivan Ramis percaya skuadnya boleh mengubah situasi serta menewaskan Granada dalam baki 30 perlawanan mereka nanti.

Real Sociedad
Joseba Llorente menegaskan bahawa Sociedad amat komited, tetapi ada yang tidak kena setelah mereka gagal menang 8 perlawanan berturut-turut.

Real Zaragoza
Maurizio Lanzaro mahu Zaragoza anggap perlawanan menentang Sevilla seperti perlawanan akhir kerana mereka hanya satu mata di atas zon bahaya.

Sevilla
Frederic Kanoute menegaskan bahawa pemain adalah punca utama prestasi Sevilla menurun dan gera rakan sepasukannya supaya menilai diri sendiri.

Sporting Gijon
Alberto Botia berbesar hati dikaitkan dengan Barcelona dan Roma, tetapi berkata dia hanya fokus untuk melakukan yang terbaik untuk Sporting.

Valencia
Roberto Soldado jaringkan golnya yang kelima dalam Liga Juara-juara untuk Valencia menang kali kedua dalam kumpulan E setelah bertemu Genk.

Villarreal
Presiden Villarreal, Fernando Roig nafi yang kelab itu mahukan pemain Benfica, Javier Saviola kerana mereka sudah mempunyai 32 orang pemain.

No comments:

Post a Comment