Wednesday, November 9, 2011

Serie A

AC Milan
Penyerang Milan, Zlatan Ibrahimovic berkata kelab itu tidak mempunyai ruang untuk Mario Balotelli, walaupun Antonio Cassano cedera ketika ini.

AS Roma
Kelab gergasi Turki, Galatasaray telah menyertai persaingan untuk mengambil pemain Roma, Marco Borriello dalam pasaran bulan Januari nanti.

Atalanta
Atalanta enggan menjual Ezequiel Schelotto pada bulan Januari, tetapi mengaku mereka tidak mampu mengekalkannya di situ dengan lebih lama.

Bologna
Bologna dilapor sedang mempertimbangkan tawaran bagi mendapatkan pemain Padova, Omar Milanetto untuk pengurus, Pioli pada bulan Januari nanti.

Cagliari
Cagliari mengesahkan bahawa Davide Ballardini adalah pengurus mereka yang ke-3 musim ini, setelah memecat Massimo Ficcadenti pada hari Selasa.

Catania
Pemain pertahanan Catania, Nicola Legrottaglie meremehkan kekalahan 4-0 kepada Milan dan menggariskan bahawa Eropah bukanlah matlamat mereka.

Cesena
Torino mungkin beri peluang kepada Cesena untuk meminjam khidmat Matteo Rubin pada bulan Januari, setelah dia gagal membuat impak di Parma.

Chievo
Inter dilapor mungkin melepaskan Philippe Coutinho pada bulan Januari nanti dengan Chievo dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Fiorentina
Maurizio Zamparini menegaskan yang dia tidak berdendam dengan pengurus baru Fiorentina, Delio Rossi yang menolak tawarannya untuk ke Palermo.

Genoa
Laporan mengatakan Manchester United sedang memerhatikan kemajuan penyerang muda, Richmond Boakye yang ketika ini terikat dengan kelab Genoa.

Inter Milan
Philippe Coutinho dilapor mempunyai masa kurang daripada 2 bulan untuk meyakinkan pengurus Inter, Ranieri bahawa dia layak kekal di San Siro.

Juventus
Arturo Vidal kini dalam perjalanan pulang ke Juventus setelah dia dan 4 orang pemain skuad kebangsaan Chile digugurkan kerana pulang lewat.

Lazio
Lazio berminat dengan penyerang, Javier Saviola yang mungkin boleh keluar daripada kelab Benfica dengan secara percuma pada hujung musim ini.

Lecce
Penjaga gol Lecce, Massimiliano Benassi mengaku dia gembira dengan keazaman dan aksi mantap barisan pertahanan mereka ketika menentang Cesena.

Napoli
Marek Hamsik mungkin akan menunggu sehingga hujung musim ini sebelum menyambung kontraknya di Napoli kerana dia mahu sertai Liga Juara-juara.

Novara
Novara berada di tempat ke-4 dalam carta Fairplay dengan 10 mata penalti setelah menerima 19 kad kuning dalam 10 perlawanan Serie A musim ini.

Palermo
Kecederaan penyerang Palermo, Abel Hernandez tidaklah seteruk yang disangkakan, akan tetapi dia dijangka tidak dapat beraksi selama sebulan.

Parma
Torino mungkin beri peluang kepada Cesena untuk meminjam khidmat Matteo Rubin pada bulan Januari, setelah dia gagal membuat impak di Parma.

Siena
Siena berada di tempat ke-9 dalam carta Fairplay dengan 23 mata penalti setelah menerima 23 kad kuning dalam 10 perlawanan Serie A musim ini.

Udinese
Antonio Di Natale berkata Udinese hanya perlu fokus pada usaha kekal dalam Serie A kerana skuad muda perlu berkembang secara perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment