AC Milan
Milan dilapor sedang mempertimbangkan tawaran pada bulan Januari untuk penyerang Cesena, Adrian Mutu yang boleh bermain dalam Liga Juara-juara.
AS Roma
Pengurus AS Roma, Luis Enrique dilapor akan cuba meminjam khidmat pemain skuad Barcelona B, Martin Montoya dalam pasaran musim sejuk nanti.
Atalanta
Agen Ezequiel Schelotto percaya pemain tengah Atalanta itu layak sertai kelab besar, tetapi nafi bahawa Roma dan Inter pernah menghubunginya.
Bologna
Agen Jose Angel Crespo tidak mengerti mengapa Bologna jarang menggunakan salah seorang pemain pertahanan terbaik Serie B pada musim yang lalu.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Massimo Ficcadenti akan menilai keadaan Cossu serta Pisano dengan harapan kedua-duanya boleh bermain pada minggu hadapan.
Catania
Vincenzo Montella menegaskan bahawa Maxi Lopez layak menyertai kelab besar Itali - walaupun dia jarang memulakan perlawanan untuk Catania.
Cesena
Milan dilapor sedang mempertimbangkan tawaran pada bulan Januari untuk penyerang Cesena, Adrian Mutu yang boleh bermain dalam Liga Juara-juara.
Chievo
Pemain tengah Chievo, Luciano gembira dengan kemenangan ke atas Fiorentina dan berharap ia hanyalah permulaan keputusan positif bagi skuadnya.
Fiorentina
Pengurus, Sinisa Mihajlovic mengaku dia amat kecewa dipecat daripada jawatannya di Fiorentina dan akan cuba belajar daripada kesilapannya.
Genoa
Genoa dilapor akan menawarkan EUR3 juta untuk mendapatkan pemain pertahanan muda, Bruno Uvini yang ketika ini dimiliki oleh kelab San Paulo.
Inter Milan
Inter Milan dilapor akan menawarkan EUR10-15 juta untuk membeli Fredy Guarin yang dianggarkan bernilai EUR30 juta oleh kelabnya, FC Porto.
Juventus
Penjaga gol Juventus, Gigi Buffon mengaku skuad Itali akan terasa kehilangan Antonio Cassano serta Giuseppe Rossi sepanjang enam bulan nanti.
Lazio
Penyerang, Mauro Zarate mengesahkan bahawa dia ambil keputusan menyertai Inter kerana hubungan yang tegang dengan pengurus Lazio, Edy Reja.
Lecce
Direktor Lecce, Carlo Osti menegaskan bahawa kedudukan pengurus, Eusebio Di Francesco tidak pernah terancam ketika menentang Cesena Ahad lalu.
Napoli
Agen Ezequiel Lavezzi menegaskan bahawa Milan dan Man City tidak pernah membuat tawaran untuk penyerang Napoli itu sepanjang 12 bulan lalu.
Novara
Attilio Tesser ramal beberapa orang pemainnya akan pulih dan berkata Novara memang tahu mereka akan melalui waktu yang sukar di dalam Serie A.
Palermo
Penyerang Palermo, Mauricio Pinilla berharap dia sempat pulih di dalam minggu antarabangsa ini dan kembali beraksi dalam masa 10 hari lagi.
Parma
Pengurus Parma, Franco Colomba dedahkan bahawa tiga tahun lalu dia mahu membeli Miroslav Klose, tetapi dia telah diketawakan oleh direktornya.
Siena
Presiden Siena, Massimo Mezzaroma puas hati dengan kedudukan mereka ketika ini, tetapi sedar mereka belum lagi selamat daripada penyingkiran.
Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin mahu pasukannya berpijak di bumi nyata kerana kedudukan mereka di puncak carta tidak akan kekal selamanya.
No comments:
Post a Comment