Wednesday, November 9, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang Bilbao, Ibai Gomez mendedahkan bahawa kontraknya akan diperbaharui untuk dua tahun lagi jika dia muncul dalam lima perlawanan lagi.

Atletico Madrid
Penyerang, Radamel Falcao mengaku Atletico perlu membuat peningkatan dan berpendapat bahawa prestasi buruk ketika ini adalah salah pemain.

Barcelona
Andres Iniesta jaringkan gol tunggal perlawanan untuk Barcelona mendahului Hospitalet dalam pertemuan pusingan pertama mereka di Feixa Llarga.

Espanyol
Direktor sukan Espanyol, Ramon Planes tidak bimbang mengenai jumlah gol yang sedikit dan tidak akan mencari penyerang baharu Januari nanti.

Getafe
Rafael Lopez mengaku bahawa kemenangan ke atas Atletico telah meningkatkan keyakinan Getafe, tetapi tidak mahu skuadnya berasa terlalu teruja.

Granada
Penjaga gol Granada, Roberto Fernandez tidak menjalani latihan kerana masalah belakang dan hanya boleh kembali ke padang pada minggu hadapan.

Levante
Presiden Levante, Francisco Catalan menegaskan bahawa Eropah bukanlah objektif pasukannya kerana mereka belum bersedia untuk ke peringkat itu.

Malaga
Inter dilapor mungkin melepaskan Philippe Coutinho pada bulan Januari nanti dengan Malaga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Osasuna
Direktor, Martin Gonzalez tidak bimbang mengenai keputusan di Bernabeu, tetapi mengaku Osasuna sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik.

Racing Santander
Racing berada di tempat ke-13 dalam carta Fairplay dengan 37 mata penalti setelah dilayangkan 33 kad kuning dan 2 kad merah pada musim ini.

Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo, Miguel Perez mengaku bahawa dia sedang memenuhi impiannya di situ dan gembira telah menjaringkan 5 gol di dalam La Liga.

Real Betis
Javier Chica percaya Real Betis sepatutnya terima lebih dari satu mata ketika bertemu Malaga dan mereka mahu menang bila menentang Villarreal.

Real Madrid
Eden Hazard dilaporkan telah memberitahu Lille bahawa dia hanya mahu menyertai Real Madrid dan dia akan menolak tawaran daripada kelab lain.

Real Mallorca
Pemain tengah Mallorca, Chori Castro tidak menyertai sesi latihan kerana masalah otot, sementara itu Ivan Ramis telah kembali bersama skuad.

Real Sociedad
Penyerang Real Sociedad, Diego Ifran percaya bahawa dia sepatutnya bermain dengan lebih kerap, tetapi dia masih bersemangat dan bermotivasi.

Real Zaragoza
Javier Aguirre berkata rekod buruk Zaragoza ketika ini adalah salahnya kerana dia memiliki skuad yang diingininya tetapi masih tiada hasil.

Sevilla
Pengurus, Marcelino tidak puas hati dengan aksi skuadnya dan beri amaran bahawa Sevilla harus sentiasa bersaing merebut tempat ke-3 dan ke-4.

Sporting Gijon
Gaston Sangoy tidak kisah jika Gijon mengambil penyerang pada bulan Januari, tetapi berpendapat bahawa 4 orang penyerang adalah terlalu ramai.

Valencia
Pemain sayap Valencia, Jordi Alba menegaskan bahawa dia tidak tahu mengenai minat dari kelab lain dan berkata dia mahu mahu bersama Los Che.

Villarreal
Jose Manuel Catala yakin bahawa Villarreal boleh mengembalikan keyakinan diri dengan mengurangkan jumlah bola yang membolosi gawang mereka.

No comments:

Post a Comment