AC Milan
Pemain tengah AC Milan, Kevin-Prince Boateng telah bersara daripada peringkat antarabangsa pada usia 24 tahun bagi memanjangkan kerjayanya.
AS Roma
Pengurus AS Roma, Luis Enrique menegaskan yang dia tidak akan membidas Zdenek Zeman dan berkata dia menghormati pendapat pengurus Pescara itu.
Atalanta
Atalanta mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Cagliari yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang kedua.
Bologna
Gaston Ramirez telah menandatangani kontrak baru di Bologna, tetapi sudah mula berfikir mengenai perpindahan ke kelab lebih besar Jun nanti.
Cagliari
Pemain pertahanan, Lorenzo Ariaudo menegaskan yang Cagliari telah lupa mengenai Lazio dan berharap penyerang mereka akan mula menjaringkan gol.
Catania
Catania mahu mengutip mata buat kali ketujuh berturut-turut bila mereka menentang AC Milan yang masih belum pernah tewas di tempat sendiri.
Cesena
Cesena mahu mencari kemenangan pertama dalam musim ini bila mereka menentang Lecce yang mahu mengutip mata buat kali yang kedua berturut-turut.
Chievo
Chievo tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kedua bila mereka bertemu Fiorentina yang mahu menang buat kali yang kedua berturut-turut.
Fiorentina
Fiorentina mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka bertemu Chievo yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali yang kedua.
Genoa
Presiden, Enrico Preziosi mendakwa yang Genoa akan cuba mendapatkan Amauri atau Fabio Quagliarella daripada Juventus pada bulan Januari nanti.
Inter Milan
Pemain pertahanan Inter, Andrea Ranocchia telah beri sokongannya kepada Claudio Ranieri dan berkata pengurus itu banyak menenangkan pasukannya.
Juventus
Juventus dan Malaga dilapor telah menyertai persaingan mendapatkan pemain Schalke, Jefferson Farfan yang akan tamat kontrak hujung musim ini.
Lazio
Pemain tengah Lazio, Stefano Mauri telah berjaya menjalani pembedahan pada paha kirinya dan dijangka tidak dapat beraksi selama 3 ke 4 bulan.
Lecce
Lecce mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Cesena yang masih mencari kemenangan pertama mereka musim ini.
Napoli
Penyerang Napoli, Goran Pandev mengaku dia masih belum menunjukkan segala kemampuannya kerana dia perlukan masa menyesuaikan diri di kelab itu.
Novara
Novara mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang AS Roma yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kedua.
Palermo
Penyerang Palermo, Mauricio Pinilla tidak dapat turun menentang Bologna kerana pemain itu mengalami masalah belakang dan perlu berehat 15 hari.
Parma
Parma mahu mengutip mata buat kali ketiga dari lima perlawanan bila mereka menentang Lazio yang telah mencicirkan tujuh mata di tempat sendiri.
Siena
Pertahanan Siena, Matteo Contini tidak membantah polisi menggilirkan pemain dan memuji presiden serta direktor kerana membina skuad yang kuat.
Udinese
Antonio Floro Flores mengaku bahawa Udinese tidak mempunyai sikap yang betul dan tidak cukup azam untuk menang ketika turun menentang Atletico.
No comments:
Post a Comment