AC Milan
AC Milan menegaskan bahawa kelab itu hanya mahu meminjam Carlos Tevez secara percuma dengan pilihan untuk membelinya selepas musim ini tamat.
AS Roma
Roma telah mendenda Pablo Osvaldo sebanyak EUR50,000 dan menggugurkannya daripada skuad hujung minggu ini kerana bergaduh dengan Erik Lamela.
Atalanta
Atalanta mengesahkan bahawa mereka akan membeli kontrak penyerang veteran, German Denis daripada pemiliknya, Udinese pada hujung musim ini.
Bologna
Bologna dilapor berminat dengan pemain Palermo, Andrea Mantovani yang gembira untuk berganding semula dengan pengurus lama, Stefano Pioli.
Cagliari
Presiden Cagliari melarang kelab itu daripada bercakap dengan pihak media selepas seri dengan Bologna dan berada 4 mata di atas zon bahaya.
Catania
Agen Adrian Picchiuti tidak menolak kemungkinan pemain tengah veteran itu keluar daripada Catania, setelah dia dikaitkan dengan kelab Padova.
Cesena
Pemain tengah Cesena, Roberto Guana puji Adrian Mutu kerana masih berani mengambil penalti, walaupun sebelum itu dia gagal menyempurnakannya.
Chievo
Pengurus Chievo, Domenico Di Carlo mengaku bahawa segalanya tidak menjadi untuk pasukannya pada babak pertama dalam kekalahan kepada Milan.
Fiorentina
Pengurus Fiorentina, Delio Rossi mungkin cuba mengambil pemain sayap Lazio, Giuseppe Sculli bila pasaran dibuka semula pada bulan Januari.
Genoa
Presiden Genoa, Enrico Preziosi menafikan spekulasi yang mengatakan pengurus, Alberto Malesani akan dipecat, berikutan kekalahan di Cesena.
Inter Milan
Claudio Ranieri yakin Inter masih mempunyai peluang untuk menjuari juara pada musim ini, tetapi sedar pendahulu liga perlu mencicirkan mata.
Juventus
Pemain pertahanan Lille, Aurelien Chedjou mengaku pihak Juventus ada menghubunginya dan berpendapat yang dia sudah bersedia untuk berpindah.
Lazio
Bekas penyerang Bayern, Miroslav Klose mendedahkan bahawa dia telah menolak beberapa tawaran lumayan daripada Rusia untuk menyertai Lazio.
Lecce
Pemain tengah Lecce, Andrea Bertolacci memberitahu pasukannya supaya cuba menewaskan Napoli dan Lazio, walaupun peluang mereka amat tipis.
Napoli
Walter Mazzarri tidak akan terkejut sekiranya Napoli tercicir mata ketika menentang Juventus kerana ia adalah perlawanan ke-4 dalam 10 hari.
Novara
Pederzoli berkata adalah terlalu awal untuk bercakap mengenai ketibaan pemain China, tetapi akui Novara mungkin aktif dalam pasaran Januari.
Palermo
Bologna dilapor berminat dengan pemain Palermo, Andrea Mantovani yang gembira untuk berganding semula dengan pengurus lama, Stefano Pioli.
Parma
Presiden Parma, Tommaso Ghirardi menafikan laporan yang mengatakan mereka mahu mengambil pemain tengah, Angelo Palombo daripada Sampdoria.
Siena
Pemain Siena, Gaetano D'Agostino sukar menerima hakikat yang mereka tewas Ahad lalu, kerana tidak pasti Inter ada membuat cubaan pada gol.
Udinese
Atalanta mengesahkan bahawa mereka akan membeli kontrak penyerang veteran, German Denis daripada pemiliknya, Udinese pada hujung musim ini.
No comments:
Post a Comment