Arsenal
Alex Oxlade-Chamberlain mahu lebih banyak aksi dalam skuad utama Arsenal, tetapi percayakan Arsene Wenger untuk menentukan perkembangannya.
Aston Villa
AZ Alkmaar umum bahawa sasaran Aston Villa, Simon Poulsen tidak akan menandatangani kontrak baru, tetapi dia tidak akan dijual Januari ini.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean nafi bahawa dia tidak memandang serius terhadap Piala Carling, berikutan pemilihan pemain yang dilakukannya.
Bolton
Zat Knight mengaku dia memang sepatutnya diberi peringatan oleh pengurus Bolton, Owen Coyle berikutan beberapa persembahan buruk musim ini.
Chelsea
Andre Villas-Boas berkata Chelsea akan tersingkir daripada Liga Juara-juara sekiranya mereka mengulangi aksi dari suku akhir Piala Carling.
Everton
Everton mungkin cuba mendapatkan penyerang Swansea, Danny Graham setelah menerima dana sebanyak GBP5 juta daripada pengerusi, Bill Kenwright.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol memuji Bobby Zamora sebagai salah seorang penyerang terbaik Liga Premier dan ramal dia akan bermain di Euro 2012.
Liverpool
Liverpool telah memanggil Jonjo Shelvey pulang daripada Blackpool kerana Lucas Leiva mungkin tidak dapat bermain untuk jangka masa panjang.
Manchester City
Pemilik Manchester City, Sheikh Mansour telah mengesahkan bahawa matlamat utama kelab itu pada musim ini adalah untuk menjuarai Liga Premier.
Manchester United
Pemain Crystal Palace, Glenn Murray jaringkan golnya yang pertama dalam Piala Carling untuk menyingkirkan Manchester Utd dalam waktu tambahan.
Newcastle United
Direktor Newcastle, Derek Llambias membidas Joey Barton setelah bekas pemain Magpies itu mendakwa bahawa dia telah keluar kerana isu bonus.
Norwich City
Pemain pertahanan Norwich, Zak Whitbread yang baharu pulih dari kecederaan, mengaku bahawa tidak mudah untuk dia kembali ke dalam skuad utama.
Queens Park Rangers
Direktor Newcastle, Derek Llambias membidas Joey Barton setelah bekas pemain Magpies itu mendakwa bahawa dia telah keluar kerana isu bonus.
Stoke City
Tony Pulis percaya Stoke akan atasi segala jangkaan sekiranya mereka berjaya mencari satu mata yang diperlukan untuk mara dalam Liga Europa.
Sunderland
Sunderland dilapor berminat untuk mengambil Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti Steve Bruce yang telah dipecat daripada jawatan pengurus.
Swansea City
Berita buruk untuk Swansea kerana tidak dapat gunakan Angel Rangel selama sebulan setelah dia mengalami kecederan ligamen pada hari Ahad lalu.
Tottenham
Luka Modric jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Europa tetapi gagal halang Tottenham daripada tewas buat kali yang kedua kepada Salonika.
West Brom
Pemain West Brom, Zoltan Gera tidak lagi dapat beraksi di dalam musim ini setelah dia mengalami kecederaan lutut ketika menentang Tottenham.
Wigan Athletic
Penyerang, Conor Sammon mahu kekal di dalam skuad utama Wigan, selepas memainkan peranan penting ketika menentang Sunderland dan Blackburn.
Wolverhampton
Stephen Ward berpendapat bahawa persaingan di dasar carta adalah amat sengit pada musim ini dan berharap Wolves boleh tewaskan Sunderland.
No comments:
Post a Comment