Athletic Bilbao
Presiden Josu Urrutia berkata skuad Bilbao akan turun menentang Salzburg dengan niat untuk menang tetapi tanpa membuat terlalu banyak andain.
Atletico Madrid
Pengurus Atletico Madrid, Gregorio Manzano merungut kerana dia terpaksa merombak skuadnya di dalam setiap perlawanan mereka pada musim ini.
Barcelona
Bapa, Gerard Pique berkata pemain pertahanan Barcelona itu hampir-hampir menyertai Juventus bila dia meninggalkan Manchester Utd pada 2008.
Espanyol
Pengurus Espanyol mendakwa adalah terlalu mudah untuk pengadil membuat kesilapan bila pasukannya bermain, tidak seperti Barca atau Madrid.
Getafe
Pemain sayap Getafe, Pedro Leon mengesahkan yang dia tidak dapat beraksi selama 6 ke 8 minggu, tetapi berazam untuk kembali secepat mungkin.
Granada
Penjaga gol Granada, Roberto umumkan bahawa pasukannya akan menentang Racing dengan semangat tinggi, berikutan kemenangan ke atas Sevilla.
Levante
Kapten, Sergio Ballesteros menegaskan bahawa adalah mengarut untuk menganggap Levanta sebagai pilihan utama bila menentang Valencia nanti.
Malaga
Penjaga gol, Willy Caballero menggesa Mallorca supaya mencari semula kekuatan pertahanan, setelah melepaskan 10 gol dalam 4 perlawanan lalu.
Osasuna
Pemain pertahanan Osasuna, Damia Abella mengaku dia akan berpuas hati jika mereka tidak melepaskan gol kepada Real Madrid hujung minggu ini.
Racing Santander
Pengurus Racing, Hector Cuper mungkin beri peluang kelima kepada Lautaro Acosta pada minggu ini kerana Papa Kouli Diop digantung perlawanan.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval telah digantung dua perlawanan setelah minggu lalu dia dibuang padang ketika menentang Villarreal.
Real Betis
Iriney Santos berkata sekarang adalah masanya untuk Betis membuktikan diri, menjelang perlawanan menentang antara skuad utama liga, Malaga.
Real Madrid
Cristiano Ronaldo jaring golnya yang ketiga dalam Liga Juara-juara untuk Real Madrid menang kali keempat dalam kumpulan D setelah bertemu Lyon.
Real Mallorca
Pengurus Real Mallorca, Joaquin Caparros boleh menggunakan semula Tomas Pina, akan tetapi nasib Josep Lluis Martin belum dapat dipastikan.
Real Sociedad
Pemain tengah Real Sociedad, Asier Illarramendi berharap dapat bermain semula buat kali pertama sejak 3 minggu lalu pada hujung minggu ini.
Real Zaragoza
Helder Postiga dan Luis Garcia adalah penjaring gol terbanyak Real Zaragoza dengan 3 gol, selepas kedua-dua pemain muncul sebanyak 9 kali.
Sevilla
Pasukan perubatan Sevilla memutuskan bahawa Alvaro Negredo perlu berehat supaya dia boleh pulih secara sepenuhnya daripada kecederaan tegarnya.
Sporting Gijon
Pemain pertahanan Sporting Gijon, Damian Suarez umumkan bahawa dia sudah bersedia untuk mengambil tempat Alberto Lora jika dia gagal pulih.
Valencia
Roberto Soldado mendakwa Valencia adalah pasukan terbaik sepanjang kerjayanya, setelah sebelum ini bersama Real Madrid, Osasuna dan Getafe.
Villarreal
Yaya Toure jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Juara-juara untuk Villarreal tewas kali keempat dalam kumpulan A setelah bertemu Man City.
No comments:
Post a Comment