Wednesday, November 9, 2011

EPL 2011/11/10

Arsenal
Bintang Borussia Dortmun, Kevin Grosskreutz berminat untuk berpindah ke Liga Premier dan telah memilih Arsenal sebagai destinasi pilihannya.

Aston Villa
Jurulatih Aston Villa, Peter Grant mengaku minggu antarabangsa tiba tepat pada masanya kerana ramai pemainnya beraksi dalam keadaan cedera.

Blackburn
Penyerang Blackburn, Ruben Rochina percaya dia telah menjadi pemain yang jauh lebih bagus sejak keluar dari Barcelona pada 10 bulan yang lalu.

Bolton
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas dilaporkan sedang menyediakan tawaran bernilai GBP8 juta untuk pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill.

Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas dilaporkan sedang menyediakan tawaran bernilai GBP8 juta untuk pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill.

Everton
CEO, Robert Elstone berkata adalah penting bagi Everton mencari pembeli yang sesuai dan menegaskan bahawa harga kelab itu adalah berpatutan.

Fulham
Pemain pertahanan Rosenborg, Mikael Lustig yang boleh berpindah secara percuma pada bulan Januari, dilapor telah menjadi sasaran kelab Fulham.

Liverpool
Daniel Agger percaya bintang Liverpool, Luis Suarez memiliki bakat yang unik dan yakin dia akan menjadi salah seorang penyerang terbaik dunia.

Manchester City
Pemain tengah Ajax, Christian Eriksen berkata baru-baru ini dia menolak tawaran daripada Man City kerana tidak mahu menjadi pemain simpanan.

Manchester United
Laporan mengatakan Manchester United sedang memerhatikan kemajuan penyerang muda, Richmond Boakye yang ketika ini terikat dengan kelab Genoa.

Newcastle United
Pengurus Newcastle United, Alan Pardew memuji Tim Krul dan berkata penjaga gol muda itu 'memiliki segalanya' kecuali pengalaman yang cukup.

Norwich City
Norwich City dilapor telah mendahului persaingan mendapatkan khidmat pemain Huddersfield, Jordan Rhodes yang dianggarkan bernilai GBP3 juta.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock tegaskan bahawa Fabio Capello sepatutnya dipecat selepas Piala Dunia dan mahu Harry Redknapp melatih skuad England.

Stoke City
Tony Pulis mengaku amat sukar menguruskan jadual Stoke yang amat padat dan dia akan berbincang mengenai cara untuk mereka membuat kemajuan.

Sunderland
Penyerang, Asamoah Gyan menegaskan bahawa dia tidak menyesal langsung keluar daripada Sunderland untuk menyertai kelab di Emirah Arab Bersatu.

Swansea City
Wayne Routledge berkata Swansea kini bukan lagi kelab yang kecil dan pasukan lain sudah mula menghormati mereka setelah melihat aksi skuadnya.

Tottenham
Pengurus QPR, Neil Warnock tegaskan bahawa Fabio Capello sepatutnya dipecat selepas Piala Dunia dan mahu Harry Redknapp melatih skuad England.

West Brom
Pemain Baggies, Gareth McAuley alukan Jonas Olsson sebagai pemenang serta pemimpin, dan gandingan mereka berdua akan menjadi semakin mantap.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Martinez meminta maaf kepada Mick McCarthy berikutan insiden meludah yang berakhir dengan Alcaraz digantung tiga perlawanan.

Wolverhampton
Pemain pertahanan Wolves, Ronald Zubar akan kembali menjalani latihan penuh pada minggu hadapan selepas menjalani pemulihan selama 9 bulan.

No comments:

Post a Comment