Athletic Bilbao
Pengurus Bilbao, Bielsa mungkin menurunkan Javi Martinez ketika menentang Granada kerana pemain itu tidak lagi berasa sakit ketika berlatih.
Atletico Madrid
Pengurus Atletico, Gregorio Manzano mengesahkan bahawa Radamel Falcao tidak akan menentang Real setelah gagal pulih daripada kecederaannya.
Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola menegaskan bahawa dia tidak taksub untuk memintas Real Madrid dan gembira dengan prestasi pertahanannya.
Espanyol
Hector Moreno percaya kunci kepada kejayaan Espanyol adalah tidak melepaskan gol kerana adalah lebih mudah untuk pasukannya menjaringkan gol.
Getafe
Getafe tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka bertemu Barcelona yang yakin boleh menang di tempat lawan buat kali ketiga.
Granada
Grana mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka bertemu Bilbao yang hanya sekali tewas ketika bermain di tempat sendiri.
Levante
Pemain tengah Levante, Juanlu menegaskan bahawa tiada sesiapapun di kelab itu yang taksub mengenai Eropah dan matlamat mereka hanya 43 mata.
Malaga
Isco mengaku Malaga mahu pergi ke Eropah, tetapi beri amaran kepada rakannya supaya jangan taksub dan untuk melakukannya secara berperingkat.
Osasuna
Osasuna mahukan kutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Espanyol yang tidak mahu tewas kali kedua di tempat sendiri.
Racing Santander
Racing mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Mallorca yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali yang ketiga.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval mengalukan cabaran menentang Valencia, tetapi percaya Los Che juga bimbang menghadapi pasukannya.
Real Betis
Real Betis tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Sociedad yang mahu menang di tempat lawan buat kali kedua.
Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho yakin Xabi Alonso tidak akan cuba mendapatkan kad kuning bagi memastikan dia boleh menentang Barcelona.
Real Mallorca
Mallorca mahu mengutip mata buat kali ketiga dari lima perlawanan bila bertemu Racing yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang pertama.
Real Sociedad
Sociedad mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila menentang Betis yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali yang ketiga.
Real Zaragoza
Real Zaragoza tidak mahu tewas buat kali yang kedua berturut-turut bila menentang Sevilla yang mahu menang di tempat lawan buat kali pertama.
Sevilla
Pengurus, Marcelino Garcia Toral mengaku tidak banyak perbezaan antara Sevilla dan Zaragoza, walaupun skuadnya mempunyai potensi amat besar.
Sporting Gijon
Sporting mahu mengutip mata buat kali keenam berturut-turut bila mereka menentang Levante yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kelima.
Valencia
Pemain tengah, Pablo Hernandez percaya Valencia kini bermain di tahap yang terbaik sejak pengurus, Unai Emery tiba di kelab itu pada 2008.
Villarreal
Angel Lopez percaya kemenangan ke atas Malaga akan mengubah situasi Villarreal dan membuktikan yang mereka boleh mencapai pelbagai matlamat.
No comments:
Post a Comment