Friday, November 11, 2011

EPL 2011/11/12

Arsenal
Pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood menegaskan bahawa kelab itu tidak bimbang walaupun Robin van Persie belum mahu membuka rundingan kontrak.

Aston Villa
Penyerang Aston Villa, Gabriel Agbonlahor terpaksa menarik diri daripada skuad England yang akan menentang Sepanyol kerana kecederaan paha.

Blackburn
Jurucakap Blackburn menafikan laporan yang mengatakan pengurus, Steve Kean telah menandatangani kontrak baru dengan kelab Liga Premier itu.

Bolton
Pemain pertahanan Bolton, Sam Ricketts yang cedera sejak Februari lalu, berharap dapat turun bersama skuad simpanan dalam masa 2 minggu lagi.

Chelsea
Chelsea dilapor sedang mendahului Arsenal serta Manchester City dalam persaingan mendapatkan penyerang remaja Real Madrid, Jose Angel Pozo.

Everton
Pemain pertahanan Everton, Phil Jagielka meyakinkan Fabio Capello bahawa dia sudah pulih untuk menyertai skuad England menentang Sepanyol.

Fulham
Pemain Fulham, John Arne Riise tegaskan yang dia tidak berdendam dengan penyerang Liverpool, Craig Bellamy dan tidak sabar untuk menentangnya.

Liverpool
Pemain Barcelona, Seydou Keita berkata dia akan menanti sehingga hujung musim ini sebelum memutuskan sama ada dia mahu menyertai Liverpool.

Manchester City
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero mungkin tidak dapat membantu Argentina menentang Bolivia dan Colombia kerana masalah pangkal paha.

Manchester United
Penyerang, Javier Hernandez mendedahkan bahawa sebelum dia menyertai Manchester United, dia hampir-hampir berhenti bermain bola kerana kecewa.

Newcastle United
Haris Vuckic yang muncul hanya dua kali musim ini, mengaku dia mungkin meminta Newcastle meminjamkannya kepada kelab lain pada bulan Januari.

Norwich City
Penyerang Norwich, Steve Morison gembira tidak terlibat di dalam kontroversi Aaron Ramsey dan Gareth Bale yang mempromosikan jersi Team GB.

Queens Park Rangers
QPR telah menjemput pemain tengah remaja Bromley, Arron Rhule untuk berlatih di kelab itu buat kali yang kedua, dengan niat untuk membelinya.

Stoke City
Pengerusi Stoke, Peter Coates percaya pihak FA tidak sepatutnya mengenakan tindakan terhadap Tony Pulih yang membuat komen mengenai pengadil.

Sunderland
Sunderland mengesahkan bahawa penyerang U21 England, Connor Wickham tidak mengalami kecederaan yang serius ketika berkunjung ke Old Trafford.

Swansea City
Pemain tengah, Nathan Dyer percaya Swansea City boleh mendekati perlawanan menentang Man Utd dengan penuh yakin selepas seri dengan Liverpool.

Tottenham
Barcelona menyaksikan pemain Tottenham, Gareth Bale ketika menentang Fulham dan kini dilapor menyediakan tawaran bernilai GBP35 juta untuknya.

West Brom
West Brom dilapor telah menjemput pemain pertahanan New York Red Bulls, Tim Ream untuk jalani latihan dengan niat untuk meminjam khidmatnya.

Wigan Athletic
Pertahanan Wigan, Antolin Alcaraz telah meminta maaf kepada Richard Stearman kerana ludah yang ditujukan ke tanah terkena pemain Wolves itu.

Wolverhampton
Wolves mengumumkan bahawa pemain pertahanan Stephen Ward telah menandatangani kontrak baru untuk terus kekal di Molineux sehingga June 2015.

No comments:

Post a Comment