Wednesday, November 2, 2011

EPL

Arsenal
Penjaga gol skuad Poland, Wojciech Szczesny mendedahkan bahawa keyakinan Arsenal kini memuncak selepas bermain enam perlawanan tanpa kalah.

Aston Villa
Alex McLeish yakin Jermaine Jenas boleh membuat kemunculan pertama untuk Aston Villa pada hari Sabtu ini, selepas pulih daripada kecederaan.

Blackburn
Keith Andrews berpendapat bahawa masanya di Blackburn sudah tamat dan dia rela menukar kontrak peminjamannya di Ipswich kepada kontrak tetap.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle berharap Lee Chung-yong sempat pulih dari cedera pada musim ini dan berkata ia mungkin berlaku seawal bulan Mac.

Chelsea
Petr Cech menegaskan bahawa adalah terlalu awal untuk Chelsea panik, tetapi mengaku mereka perlu atasi kemerosotan dengan secepat mungkin.

Everton
Pemain serba-boleh Everton, Seasmus Coleman cuba mendapatkan petua menjaringkan gol daripada Louis Saha bagi menambah pilihan dalam skuad itu.

Fulham
Penyerang Fulham, Andy Johnson percaya rakan sepasukannya mungkin perlu berlakon juga ketika di Eropah, supaya perlawanan mereka lebih adil.

Liverpool
Pemain sayap, Stewart Downing percaya tidak lama lagi pemain Liverpool, Jose Enrique akan menyertai pasukan Sepanyol buat kali yang pertama.

Manchester City
Yaya Toure jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Juara-juara untuk Man City menang kali kedua dalam kumpulan A setelah bertemu Villarreal.

Manchester United
Antonio Valencia jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Man Utd menang kali kedua dalam kumpulan C setelah bertemu Otelul.

Newcastle United
Ryan Taylor berkata prestasi cemerlang Newcastle di awal musim ini akan membantu skuadnya menentang kedua-dua kelab Manchester tanpa gentar.

Norwich City
Pemain Norwich, Anthony Pilkington belum berfikir mengenai kerjaya antarabangsanya, jika Republik Ireland atau England datang memanggilnya.

Queens Park Rangers
Pemain tengah Queens Park Rangers, Akos Buzsaky telah menafikan laporan yang mengatakan dia akan menjalani pembedahan lutut pada bulan ini.

Stoke City
Pemain pertahanan Stoke, Danny Higginbotham bakal muncul buat kali pertama sejak tujuh bulan lalu bila pasukannya menentang Maccabi Tel-Aviv.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce percaya Simon Mignolet tidak dapat beraksi selama dua bulan setelah hidung dan soket matanya retak teruk.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers ramal Kemy Agustien, Steven Caulker dan Stephen Dobbie sempat pulih dari cedera dan turun menentang Man Utd.

Tottenham
Jurulatih Tottenham, Kevin Bond tegaskan bahawa Harry Redknapp tidak akan bersara walaupun selepas menjalani pembedahan jantung pada hari Rabu.

West Brom
Paul Scharner tidak dapat membantu West Brom yang akan menentang Arsenal pada baru Sabtu, setelah ligamen lututnya disahkan terkoyak sedikit.

Wigan Athletic
Roberto Martinez dakwa bahawa pemain Wigan, Mohamed Diame pasti telah patah kaki jika dia menjejak tanah ketika dibentes oleh Steve Sidwell.

Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy mengesahkan bahawa penjaring gol terbanyak Wolves, Steve Fletcher belum mampu untuk turun menentang Wigan Ahad ini.

No comments:

Post a Comment