Saturday, November 12, 2011

EPL 2011/11/13

Arsenal
Penyerang, Nicklas Bendtner tidak mahu kembali ke Arsenal dan berharap prestasinya untuk Sunderland akan menarik minat kelab Liga Juara-juara.

Aston Villa
Penyerang kelab Aston Villa, Darrent Bent telah membantu skuad England menjaringkan gol kemenangan ke atas Juara Dunia dan Eropah, Sepanyol.

Blackburn
Syarikat minyak dari Qatar dilapor mahu mengambil-alih kelab Blackburn dan bakal menawarkan GBP25 juta kepada pemilik ketika ini, Venky's.

Bolton
Bolton kini bersiap-sedia setelah Rhys Williams mengumumkan yang dia akan mempertimbangkan pilihannya jika Boro gagal naik divisi musim ini.

Chelsea
Milan yang mahukan penyerang Januari ini, dilapor telah mengalihkan perhatian mereka kepada Didier Drogba dan Nicolas Anelka daripada Chelsea.

Everton
Diniyar Bilyaletdinov memberitahu media Rusia bahawa dia akan meninggalkan Everton pada bulan Januari jika tidak mendapat jaminan bermain.

Fulham
Fulham sedang menyediakan tawaran untuk pemain sayap Swansea, Scoot Sinclair sebagai pengganti Moussa Dembele yang mungkin sertai Tottenham.

Liverpool
Liverpool dilapor mendahului persaingan membeli penyerang Basel, Nicholas Hunziker dan telah menghantar peninjau untuk melihat dia beraksi.

Manchester City
Manchester City sedang memerhatikan pemain tengah Bilbao, Javi Martinez dan dilapor tiada masalah untuk membayar yurannya sebanyak GBP34 juta.

Manchester United
Manchester United mahu mendapatkan pemain Bilbao, Javi Martinez, tetapi Sir Alex Ferguson mungkin tidak sanggup membayar GBP34 juta untuknya.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew sedang menyediakan tawaran bernilai GBP20 juta untuk pemain Tottenham, Jermain Defoe dan Roman Pavlyuchenko.

Norwich City
Steve Morison enggan menerima hakikat bahawa Norwich telah melangkaui ekspetasi dan menegaskan bahawa mereka boleh bermain dengan lebih baik.

Queens Park Rangers
Penyerang Queens Park Rangers, Jamie Mackie gembira menjaringkan gol antarabangsa untuk Scotland buat kali yang pertama sejak dia patah kaki.

Stoke City
Pemain tengah Stoke, Wilson Palacios gembira berjaya bermain sepenuh masa bersama skuad simpanan dan berharap dia boleh turun menentang QPR.

Sunderland
Penyerang, Nicklas Bendtner tidak mahu kembali ke Arsenal dan berharap prestasinya untuk Sunderland akan menarik minat kelab Liga Juara-juara.

Swansea City
Fulham sedang menyediakan tawaran untuk pemain sayap Swansea, Scoot Sinclair sebagai pengganti Moussa Dembele yang mungkin sertai Tottenham.

Tottenham
Harry Redknapp bimbang menantikan berita mengenai Rafael van der Vaart yang telah mengalami kecederaan ketika Belanda seri dengan Switzerland.

West Brom
West Brom akan buka rundingan kontrak dengan Roy Hodgson pada bulan Januari dan usianya mungkin menentukan berapa lama dia mahu terus bekerja.

Wigan Athletic
CEO Wigan, Jonathan Jackson beritahu pemain sasaran Arsenal dan Liverpool, Hugo Rodallega supaya menandatangani kontrak baru sebelum Januari.

Wolverhampton
Pemain pertahanan Wolverhampton, Kevin Foley mahu kembali menjalani latihan dalam masa dua minggu lagi dan kembali beraksi seminggu kemudian.

No comments:

Post a Comment