Sunday, November 6, 2011

EPL

Arsenal
Bintang Borussia Dortmund, Mario Gotze menafikan ura-ura mengaitkannya dengan perpindahan ke Bayern Munich serta kelab Liga Premier, Arsenal.

Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish menafikan ura-ura yang mengatakan Aston Villa akan menjual penyerang, Darren Bent di dalam pasaran bulan Januari nanti.

Blackburn
Tottenham masih berminat dengan Junior Hoillett walaupun pengurus, Steve Kean telah memberitahu pemain itu supaya jangan keluar dari Blackburn.

Bolton
Pengurus, Owen Coyle berkata Bolton amat berkeyakinan ketika menentang Stoke dan berharap kemenangan besar itu boleh melancarkan kempen mereka.

Chelsea
Penjaga gol Chelsea, Petr Cech berjenaka bahawa dia akan kelihatan seperti Batman jika terpaksa menggunakan topeng pula kerana patah hidung.

Everton
Phil Jagielka berkata pemain Everton berazam untuk atasi kemerosotan, menjelang jadual perlawanan menentang kelab yang setaraf dengan mereka.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol percaya mereka sepatutnya seri dengan Tottenham setelah bermain dengan baik dan sentiasa beri tekanan kepada Spurs.

Liverpool
Liverpool dilapor akan cuba meminjam khidmat penyerang Man City, Carlos Tevez pada bulan Januari dengan niat membeli pada musim panas nanti.

Manchester City
Liverpool dilapor akan cuba meminjam khidmat penyerang Man City, Carlos Tevez pada bulan Januari dengan niat membeli pada musim panas nanti.

Manchester United
Sir Bobby Charlton telah melabelkan pengurus, Sir Alex Ferguson sebagai 'genius' dan rekodnya di Manchester United akan kekal selama-lamanya.

Newcastle United
Cheik Tiote akan kekal bersama Newcastle United pada minggu ini dan bukannya menyertai skuad Ivory Coast setelah mengalami kecederaan lutut.

Norwich City
Ketua eksekutif Norwich, David McNally menegaskan bahawa sukar mendapatkan pemain pada bulan Januari walaupun jika kelab itu menyediakan dana.

Queens Park Rangers
Pemilik QPR, Tony Fernandes berkata dana akan disediakan untuk Neil Warnock berbelanja pada bulan Januari, dan prosesnya sudahpun dimulakan.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengaku pasukannya bermain dengan teruk dan langsung gagal bersaing dengan Bolton sepanjang 90 minit perlawanan.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce bimbang Connor Wickham mungkin mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius ketika tewas kepada Man Utd.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers percaya pemainnya kini boleh menganggap diri mereka sebagai pasukan yang penting, selepas seri di Liverpool.

Tottenham
Penolong pengurus, Joe Jordan gembira Tottenham berjaya bertahan untuk menang, selepas mengaku mereka bernasib baik berjaya tewaskan Fulham.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson mengaku mereka akan menerima tamparan besar jika pembantunya, Michael Appleton menjadi pengurus Portsmouth.

Wigan Athletic
Roberto Martinez kesal Wigan gagal menyempurnakan beberapa peluang baik ketika menentang Wolves untuk tewas buat kali kelapan berturut-turut.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy mengalukan kemenangan penting ke atas Wigan, tetapi mengaku yang pasukannya agak gemuruh dalam perlawanan itu.

No comments:

Post a Comment