Monday, November 28, 2011

EPL

Arsenal
Espanyol mensasarkan tiga orang penyerang termasuklah Marouane Chamakh yang hanya sekali memulakan perlawanan untuk Arsenal pada musim ini.

Aston Villa
Alex McLeish mengaku perlu menilai semula pasukannya sebelum menentang Man Utd, setelah melihat persembahan Jermaine Jenas dan Barry Bannan.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean merancang untuk bertemu dengan Venky's tentang urusniaga Januari dan sanggup berdialog dengan penyokong kelab.

Bolton
Pemain Bolton, Paul Robinson berkata pemain kelab Everton, Seamus Coleman bernasib baik tidak dibuang padang kerana membuat faul terhadapnya.

Chelsea
Chelsea mahu mendapatkan seorang lagi remaja dari Barcelona dan sedang membuat persediaan untuk membeli Sergi Roberto yang bernilai GBP5 juta.

Everton
Tim Howard bersikap berwaspada dan percaya skuad Everton perlukan lebih daripada dua kemenangan berturut-turut untuk kembali ke atas landasan.

Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mahu penyerang, Bobby Zamora menjaringkan lebih banyak gol sekiranya dia mahu sertai skuad England ke Euro 2012.

Liverpool
Jose Enrique berkata dua perlawanan dalam masa 48 jam tidak boleh digunakan sebagai alasan jika Liverpool tersingkir daripada Piala Carling.

Manchester City
AC Milan menegaskan bahawa kelab itu hanya akan mahu meminjam Carlos Tevez secara percuma dengan pilihan untuk membelinya selepas musim tamat.

Manchester United
Ricky van Wolfswinkel berbesar hati dikaitkan dengan kelab seperti Manchester Utd, tetapi menegaskan bahawa dia gembira di Sporting Lisbon.

Newcastle United
Penyerang, Demba Ba percaya bahawa Newcastle Utd dan Manchester Utd telah bernasib baik dalam keputusan seri 1-1 di Old Trafford Sabtu lalu.

Norwich City
Grant Holt yakin bahawa dia bukanlah pilihan utama untuk perlawanan menentang Man City walaupun dia menjaringkan gol kemenangan ke atas QPR.

Queens Park Rangers
Pemilik QPR, Tony Fernandes berkata kelab itu mungkin membawa masuk tiga orang atau lebih pemain baru di dalam pasaran bulan Januari nanti.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis percaya pemainnya perlu mula menyesuaikan diri dengan tugas tambahan di Eropah, jika mahu perbaiki rekod domestik.

Sunderland
Pemain sayap, Sebastian Larsson beri sokongannya kepada pengurus Sunderland, Steve Bruce tetapi mengaku skuadnya tumpul di bahagian serangan.

Swansea City
Pemain pertahanan Swansea, Garry Monk percaya pemain skuadnya boleh berpuas hati seri dengan Aston Villa, walaupun gagal bermain dengan baik.

Tottenham
Pengurus kelab Tottenham, Harry Redknapp dilapor sedang memerhatikan pemain pertahanan Sporting Lisbon, Joao Pereira yang bernilai GBP8 juta.

West Brom
West Brom umumkan bahawa pemain tengah, Zoltan Gera mengalami kecederaan lutut yang serius dan tidak dapat beraksi untuk jangka masa panjang.

Wigan Athletic
Roberto Martinez percaya Wigan mempunyai masa depan yang cerah kerana pengerusi, Dave Whelan tidak memecatnya ketika prestasi mereka jatuh.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy percaya perlawanan menentang Sunderland pada hujung minggu ini adalah yang terpenting bagi kedua-dua pasukan.

No comments:

Post a Comment