Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger gembira dengan kebolehan Mikel Arteta mengekalkan penguasaan bola, terutamanya kerana Jack Wilshere cedera.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish mendedahkan bahawa dia masih memilih Emile Heskey untuk bermain walaupun dia mengalami masalah tumit kaki.
Blackburn
Blackburn sedang mempertimbangkan tawaran untuk pemain tengah Barca, Jonathan dos Santos yang mungkin berpindah untuk mencari peluang bermain.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle cabar para pemainnya untuk mendapatkan mata secara konsisten, setelah mencapai tahap permainan yang dikehendakinya.
Chelsea
CEO Chelsea, Ron Gourlay beri amaran bahawa kelab itu mungkin bergelut di dalam dan di luar padang sekiranya tidak berpindah ke stadium baru.
Everton
Phil Jagielka berkata pemain Everton, Jack Rodwell akhirnya mendapat ganjaran menyertai skuad England berikutan aksi cemerlangnya musim ini.
Fulham
Dickson Etuhu percaya pengadil telah menyebabkan Fulham tewas kepada Tottenham dan yakin skuadnya akan mula menaiki carta liga tidak lama lagi.
Liverpool
Daniel Agger beri amaran kepada Liverpool supaya meningkatkan tahap permainan mereka jika tidak mahu terlepas Liga Juara-juara sekali lagi.
Manchester City
Yaya Toure percaya dua perlawanan di Liverpool dan Chelsea mungkin akan menentukan sama ada Manchester City boleh menjadi juara Liga Premier.
Manchester United
Manchester Utd bakal menandatangani kontrak dengan Andreas Pereira pada 1 Januari nanti, sebaik sahaja pemain PSV itu mencapai umur 16 tahun.
Newcastle United
Alan Pardew berkata dia tidak mahu menghalang penyokong Newcastle daripada mengimpikan Liga Juara-juara, berikutan permulaan baik musim ini.
Norwich City
Steve Morison gesa skuad Norwich supaya berhenti melepaskan terlalu banyak gol selepas gawang mereka dibolosi sebanyak tiga kali Sabtu lalu.
Queens Park Rangers
Pihak Polis kini melancarkan siasatan setelah pemain Queens Park Rangers, Anton Ferdinand menerima ugutan bunuh melalui surat pada minggu lalu.
Stoke City
Pengerusi VVV, Hai Berden dedahkan bahawa rundingan mengenai perpindahan penyerang, Michael Uchebo ke Stoke kini berada di peringkat lanjutan.
Sunderland
Penyerang Sunderland, Connor Wickham umumkan bahawa imbasan menunjukkan kecederaan yang dialaminya Sabtu lalu tidak seteruk yang disangkakan.
Swansea City
Michel Vorm yakin pasukan Swansea mampu kekal di dalam Liga Premier jika boleh kekalkan prestasi yang ditunjukkan ketika menentang Liverpool.
Tottenham
Pemain pertahanan, Ledley King mahu Tottenham menjadi kelab London yang berjaya memecahkan dominasi kedua-dua kelab Manchester di puncak carta.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson mengaku dia mungkin tidak akan menggantikan Michael Appleton jika dia menerima tawaran menguruskan Portsmouth.
Wigan Athletic
Juventus dilapor telah memulakan rundingan dengan Wigan mengenai perpindahan penyerang bernilai EUR8 juta, Hugo Rodallega pada bulan Januari.
Wolverhampton
Pemain tengah Wolves, Jamie O'Hara membidas Antolin Alcaraz yang mungkin digantung tiga perlawanan kerana meludah ke arah Richard Stearman.
No comments:
Post a Comment