Friday, November 18, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Fernando Llorente menegaskan bahawa Bilbao tidak akan mengubah gaya mereka untuk sebarang lawan, dan percaya mereka mampu menang di Sevilla.

Atletico Madrid
Pertahanan Atletico, Alvaro Dominguez telah menandatangani kontrak tiga tahun yang baru dan kini terikat di Vicente Calderon sehingga 2015.

Barcelona
Pengurus, Pep Guardiola berkata Barcelona lebih bergantung kepada sistem remaja kerana kewangan mereka tidak setanding dengan Real Madrid.

Espanyol
Kapten Espanyol, Cristian Alvarez mengaku pasukannya banyak berlatih menangani situasi sepakan percuma sebagai persediaan menentang Sociedad.

Getafe
Getafe mahu menang buat kali kedua berturut-turut bila menentang Sporting Gijon yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali keempat.

Granada
Granada mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Mallorca yang masih belum berjaya menang di tempat lawan.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio percaya rombakan kecil kepada skuadnya akan membantu pemain supaya fokus dan kembali mencatatkan kemenangan.

Malaga
Pemain Malaga, Duda berharap minggu antarabangsa akan membantu pasukannya catat keputusan baik dalam lima atau enam perlawanan akan datang.

Osasuna
Berita baik untuk pengurus Osasuna, Mendilibar kerana Javad Nekounam telah kembali menjalani latihan skuad dan dijangka boleh menentang Rayo.

Racing Santander
Racing mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Malaga yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kedua.

Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo Vallecano, Pedro Botelho umumkan bahawa dia telah pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia untuk menentang Osasuna.

Real Betis
Betis mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila menentang Villarreal yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kedua.

Real Madrid
Real Madrid mengesahkan yang Cristiano Ronaldo akan turun menentang Valencia setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya baru-baru ini.

Real Mallorca
Mallorca mahu mengutip mata buat kali yang kedua dari lima perlawanan bila bertemu Granada yang mahu menang di tempat sendiri buat kali kedua.

Real Sociedad
Sociedad tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Espanyol yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.

Real Zaragoza
Real Zaragoza tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Barcelona yang tercicir hanya dua mata di tempat sendiri.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral mengesahkan bahawa Negredo, Kanoute dan Perotti boleh turun dalam perlawanan menentang skuad Bilbao.

Sporting Gijon
Sporting Gijon mahu mengutip mata buat kali kelima berturut-turut bila mereka menentang Getafe yang masih belum menang ketika di tempat lawan.

Valencia
Direktor Valencia, Braulio Vazquez menegaskan bahawa Jonas yang dikaitkan dengan Napoli, bukan untuk dijual, tetapi akui tiada yang mustahil.

Villarreal
Villarreal mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Real Betis yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali kelima.

No comments:

Post a Comment