AC Milan
Pengurus AC Milan, Max Allegri sedar pasukannya perlu seimbang, bersabar dan bermain lebih hampir ke bahagian lawan bila menentang Barcelona.
AS Roma
Miralem Pjanic mendedahkan bahawa sasaran minima AS Roma ialah tempat ketiga, supaya mereka boleh menyertai Liga Juara-juara musim hadapan.
Atalanta
German Denis yang dikaitkan dengan Inter, menggariskan bahawa dia gembira berada di Atalanta kerana kelab itu buatkan dirinya terasa penting.
Bologna
Pemain tengah Bologna, Gaby Mudingayi digantung satu perlawanan setelah menerima kad kuning yang keempat pada musim ini ketika bertemu Cesena.
Cagliari
Berita buruk untuk pengurus Cagliari, Davide Ballardini kerana penyerangnya, Nene tidak dapat beraksi selama 30 hari akibat kecederaan otot.
Catania
Pemain pertahanan Catania, Nicolas Spolli telah digantung satu perlawanan setelah menerima kad kuning keempat musim ini ketika bertemu Chievo.
Cesena
Pemain pertahanan Cesena, Maurizio Lauro telah digantung satu perlawanan kerana menerima kad kuning keempat musim ini ketika bertemu Bologna.
Chievo
Direktor sukan Chievo, Giovanni Sartori gembira dengan persembahan Junior Tallo dan ramal pemain muda itu akan menjadi pemain yang berjaya.
Fiorentina
Agen Alberto Gilardino menegaskan bahawa penyerang itu hanya fokus pada tugasnya di Fiorentina, walaupun dikaitkan dengan kelab Liverpool.
Genoa
Penjaga gol, Sebastien Frey memuji pengurus Genoa, Alberto Malesani kerana memberi perhatian kepada hubungan insaniah dengan para pemainnya.
Inter Milan
Alvarez jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Inter seri buat kali pertama dalam kumpulan B setelah bertemu Trabzonspor.
Juventus
Agen Marco Motta berkata pemain Juventus itu hanya akan sertai kelab luar negara dan mereka telah menerima banyak tawaran untuk Januari ini.
Lazio
Lagenda Itali, Dino Zoff berkata Federico Marchetti perlukan beberapa tahun lagi sebelum boleh disamakan dengan idola Lazio, Angelo Peruzzi.
Lecce
Pemain tengah Lecce, Rodney Strasser mengaku bahawa skuadnya mula menyerang dan mencari gol hanya selepas mereka ketinggalan di belakang Roma.
Napoli
Edinson Cavani jaringkan golnya yang keempat dalam Liga Juara-juara untuk Napoli menang kali kedua dalam kumpulan A setelah bertemu Man City.
Novara
Penyerang Novara, Riccardo Meggiorini digantung 3 perlawanan kerana menggunakan ekspresi menghina terhadap pengadil pada hujung minggu lalu.
Palermo
Palermo perlu pilih sama ada mahu menjual Federico Balzaretti pada Januari atau Jun kerana PSG telah mencapai persetujuan dengan pemain itu.
Parma
Pemain pertahanan, Alessandro Lucarelli mahu pasukannya hanya fokus pada prestasi dan gesa mereka melangkaui matlamat yang telah ditetapkan.
Siena
Emanuele Calaio adalah penjaring terbanyak Siena dengan 5 gol setelah membuat 14 cubaan dalam 10 kemunculannya untuk kelab itu pada musim ini.
Udinese
Penyerang, Antonio Di Natale menegaskan bahawa piala Scudetto atau tiket ke Liga Juara-juara bukanlah keutamaan bagi Udinese pada musim ini.
No comments:
Post a Comment