AC Milan
Januari ini Milan mungkin akan cuba mengambil pemain Barcelona, Maxwell kerana Taye Taiwo belum berjaya untuk menyesuaikan diri di San Siro.
AS Roma
Penyerang, Bojan Krkic tegaskan bahawa dia gembira di Roma dan tidak bimbang mengenai masa depannya, walaupun dilabelkan sebagai 'super sub'.
Atalanta
Agen Guido Marilungo percaya penyerang itu perlu kekal bersama Atalanta, berikutan laporan mengatakan Lecce mahu dapatkan semula khidmatnya.
Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli mengaku dia akan mencuba formasi baru menggunakan dua pemain tengah menyerang di belakang penyerang utama.
Cagliari
Penyerang Cagliari, Mostapha El Kabir yang sudah beberapa minggu cedera, membayangkan bahawa pemulihannya dari cedera tidak berjalan lancar.
Catania
Maxi Lopez berkata dia berbesar hati setelah dikaitkan dengan AC Milan, tetapi menegaskan bahawa dia hanya fokus pada tugasnya di Catania.
Cesena
Cesena mungkin melepaskan Steve Von Bergen pada bulan Januari nanti setelah Moenchengladbach dilapor mahu membawanya pulang ke Jerman semula.
Chievo
Pemain tengah Chievo, Rinaldo Cruzado masih cuba menyesuaikan diri di tempat baru dan mengaku bahawa Serie A mempunyai tekanan yang berbeza.
Fiorentina
Fiorentina mungkin sekali lagi akan cuba mendapatkan Angelo Palomba setelah Sampdoria mengaku akan pertimbangkan penjualannya Januari ini.
Genoa
Genoa dilapor mahu mendapatkan penyerang baru dalam pasaran musim sejuk nanti dan pemain kelab Juventus, Amauri adalah pilihan pertama mereka.
Inter Milan
Cristian Chivu tidak akan menyertai kelab lamanya, Ajax pada bulan Januari, walaupun Inter Milan belum lagi menawarkan kontrak baru kepadanya.
Juventus
Juventus serta Udinese dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang Porto, James Rodriguez yang boleh dibeli dengan nilai EUR10 juta.
Lazio
Lazio dilapor akan mempercepatkan rancangan mereka mengambil Ederson dan bakal menyerahkan tawaran untuk pemain Lyon itu pada bulan Januari.
Lecce
Agen Guido Marilungo percaya penyerang itu perlu kekal bersama Atalanta, berikutan laporan mengatakan Lecce mahu dapatkan semula khidmatnya.
Napoli
Napoli mungkin sekali lagi akan cuba mendapatkan Angelo Palomba setelah Sampdoria mengaku akan pertimbangkan penjualannya Januari ini.
Novara
Novara menewaskan Bellinzona 4-1 dalam perlawanan persahabatan setelah Morimoto, Granoche, Rubino dan Meggiorini berjaya menjaringkan gol.
Palermo
Pemain tengah Palermo, Afriyie Acquah percaya dia sudah bersedia mewakili Ghana, setelah pengurus skuad itu dilapor sedang memerhatikannya.
Parma
Gianluca Musacci mengaku dia tahu tidak akan mendapat banyak peluang di Parma dan hanya fokus untuk mengembangkan bakatnya pada musim ini.
Siena
Pengurus, Giuseppe Sannino puas hati dengan sikap Siena ketika berlatih dengan Pianese, dalam usaha mereka melupakan kekalahan kepada Udinese.
Udinese
Udinese serta Juventus dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang Porto, James Rodriguez yang boleh dibeli dengan nilai EUR10 juta.
No comments:
Post a Comment