AC Milan
Penjaga goln, Christian Abbiati mahu menang Liga Juara-juara sekali lagi dan membawa pulang Scudetto ke-20 untuk AC MIlan sebelum dia bersara.
AS Roma
Bojan Krkic mengaku peluang untuk Roma menjuarai Serie A musim ini adalah tipis dan yang terbaik boleh mereka capai adalah tiket ke Eropah.
Atalanta
Pemain sayap Atalanta, Ezequiel Schelotto mengaku masih banyak yang dia perlu buktikan sebelum dirinya layak dipanggil menyertai skuad Itali.
Bologna
Agen Gaston Ramirez berkata pemain sayap itu kini gembira selepas melanjutkan kontraknya di Bologna dan mampu berkembang maju di kelab itu.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Davide Ballardini mungkin tidak dapat membawa Andrea Cossu ke Inter, setelah pemain penting itu mengalami masalah otot.
Catania
Direktor sukan Catania, Pietro Lo Monaco mengesahkan bahawa kelab itu tidak akan menghalang Maxi Lopez daripada menyertai Milan Januari nanti.
Cesena
Marco Parolo mengaku situasi di Cesena amat tragis, tetapi menggesa rakannya supaya mengekalkan segala aspek positif yang telah ditunjukkan.
Chievo
Pemain tengah Rimini, Luca Valeriani menarik minat banyak pihak dan Chievo Verona dilapor adalah kelab terkini dikatakan mahu mengambilnya.
Fiorentina
Fiorentina dilaporkan berminat dengan Angelo Palombo, akan tetapi rundingan hanya akan bermula selepas Riccardo Montolivo dijual kepada Milan.
Genoa
Man City akan menentang skuad gabungan Genoa-Sampdoria dalam perlawanan persahabatan bagi mengutip dana untuk mangsa banjir baru-baru ini.
Inter Milan
Wesley Sneijder yakin Luc Castaignos akan membuktikan dirinya di Inter dan tegaskan adalah normal bagi pemain muda tersandung di kelab besar.
Juventus
Juventus dilapor sedang memerhatikan situasi Jefferson Farfan di Schalke, dengan niat untuk membawa pemain itu ke Turin pada bulan Januari.
Lazio
Oliver Bierhoff berkata dia tidak terkejut dengan impak Miroslav Klose di Lazio kerana dia adalah antara 10 penyerang terbaik dalam pasaran.
Lecce
Direktor Lecce, Carlo Osti berkata pasukannya menunjukkan peningkatan pada setiap minggu, dan kedudukan Di Francesco tidak pernah tergugat.
Napoli
Napoli menafikan laporan yang mengaitkan Marek Hamsik dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain kerana dia bakal menandatangani kontrak baru.
Novara
Marco Rigoni mengaku bahawa Novara telah mencicirkan terlalu banyak mata di tempat lawan, tetapi mereka yakin boleh mengelakkan penyingkiran.
Palermo
Presiden Siena, Massimo Mezzaroma menegaskan bahawa ura-ura mengaitkan direktor sukan, Giorgio Perinetti dengan Palermo adalah tidak benar.
Parma
Udinese dilapor telah mengalihkan perhatian mereka kepada pemain Parma, Daniele Galloppa selepas melengkapkan urusniaga untuk Gabriel Silva.
Siena
Presiden Siena, Massimo Mezzaroma menegaskan bahawa ura-ura mengaitkan direktor sukan, Giorgio Perinetti dengan Palermo adalah tidak benar.
Udinese
Udinese dilapor telah mengalihkan perhatian mereka kepada pemain Parma, Daniele Galloppa selepas melengkapkan urusniaga untuk Gabriel Silva.
No comments:
Post a Comment