Wednesday, November 23, 2011

EPL 24/11/2011

Arsenal
Robin Van Persie jaring golnya yang ketiga dalam Liga Juara-juara untuk Arsenal menang kali ketiga dalam kumpulan F setelah bertemu Dortmund.

Aston Villa
Alex McLeish mahu melihat reaksi daripada pemain Aston Villa bila mereka pergi mencari kemenangan pertama di tempat lawan di Swansea nanti.

Blackburn
Blackburn mengesahkan bahawa kelab itu telah selesai menyemak semula kontrak pengurus, Steve Kean, tetapi ia masih akan berakhir pada 2013.

Bolton
Pemain Bolton, Gary Cahill cuba tidak mengendahkan spekulasi mengenainya, tetapi mengaku tidak tahu di mana dia akan bermain pada tahun depan.

Chelsea
Didier Drogba jaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-juara tetapi gagal halang Chelsea tewas kali pertama dalam kumpulan E di Leverkusen.

Everton
Pemain Everton, Phil Jagielka mengaku perlukan beberapa minggu lagi sebelum dia boleh berhenti mengambil suntikan tahan sakit pada kakinya.

Fulham
Penjaga gol, Mark Schwarzer berharap dapat mengekalkan kecergasan dan tempatnya di dalam skuad utama Fulham sehingga Piala Dunia 2014 tiba.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish memuji sikap yang ditunjukkan oleh pemain pinggirannya ketika mereka membelasah skuad simpanan Sunderland.

Manchester City
Roma dilapor telah mencapai persetujuan dengan Man City untuk meminjam Stevan Savic pada bulan Januari, tetapi tanpa hak untuk membelinya.

Manchester United
Pemain tengah Benfica, Nicolas Gaitan mendakwa bahawa laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Man Utd hanyalah spekulasi semata-mata.

Newcastle United
Scott Brown tahu mengenai spekulasi yang mengaitkannya dengan Newcastle, tetapi dia hanya beri tumpuan kepada rundingan kontrak di Celtic.

Norwich City
Paul Lambert gembira dengan kedudukan Norwich City, tetapi percaya dia tidak boleh berehat jika mahu kekalkan kelab itu di dalam Liga Premier.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock umum bahawa penyerang, Heidar Helguson mungkin tidak boleh turun menentang Norwich kerana cedera.

Stoke City
Penyerang Stoke, Ricardo Fuller berharap dapat kembali beraksi bermula awal bulan Disember setelah 7 bulan jalani pemulihan dari kecederaan.

Sunderland
Nicklas Bendtner tegaskan yang dia tidak pernah menolak kemungkinan kekal bersama Sunderland dan mengaku gembira menjadi titik fokus skuadnya.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers gembira setelah pemain tengah, Mark Gower menandatangani kontrak satu tahun untuk kekal sehingga Jun 2013.

Tottenham
Harry Redknapp mengaku terkejut kerana pesaing Tottenham gagal mengambil Scott Parker sebelum dia menyertai Spurs pada hari terakhir pasaran.

West Brom
Agen Marc-Antoine Fortune mengesahkan bahawa West Brom akan meminjamkan penyerang itu kepada Doncaster jika Shane Long diisytiharkan cergas.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez mengaku kecewa pasukannya gagal menewaskan Blackburn, walaupun setelah membuat 26 cubaan pada gol.

Wolverhampton
Donald Zubar yakin dia cukup cergas untuk menggantikan Ricard Stearman yang cedera dan muncul bersama Wolves buat pertama kali sejak Februari.

No comments:

Post a Comment