Saturday, November 5, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang Bilbao, De Marcos menjangkakan perlawanan yang sukar menentang Barcelona, tetapi umum bahawa skuadnya tetap mensasarkan tiga mata.

Atletico Madrid
Pengurus Atletico Madrid, Gregorio Manzano beri amaran kepada pasukannya supaya jangan leka kerana Getafe bukanlah calon untuk turun divisi.

Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola menegaskan bahawa laporan yang mengatakan hubungan David Villa dan Lionel Messi renggang hanyalah rekaan.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino gembira Alvaro Vazquez telah jaringkan gol pertamanya dan berharap penyerang itu boleh kekal bertenang.

Getafe
Pemain tengah Getafe, Michel menegaskan bahawa adalah terlalu awal untuk menilai skuadnya, walaupun mereka kini berada di dasar carta liga.

Granada
Pengurus, Fabriciano Gonzalez beri amaran kepada Granada bahawa masalah yang dihadapi oleh Racing hanya akan meningkatkan keazaman skuad itu.

Levante
Alberto Costa jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Levante tewas di tempat sendiri buat kali pertama setelah menentang Valencia.

Malaga
Malaga gagal jaringkan gol buat kali kelima dalam La Liga musim ini untuk seri di tempat lawan buat kali kedua setelah menentang Real Betis.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Mendilibar gentar menghadapi Real Madrid yang memiliki pertahanan, tengah, penyerang, penjaga gol dan pengurus yang terbaik.

Racing Santander
Pengurus Racing, Hector Cuper percaya Granada paling berbahaya bila menyerang walaupun mereka hanya berjaya menjaringkan 4 gol setakat ini.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Jose Ramon Sandoval yang digantung untuk perlawanan menentang Sociedad berkata dia yakin dengan penolongnya, Ismael Martinez.

Real Betis
Real Betis gagal jaringkan gol buat kali keenam dalam La Liga musim ini untuk seri di tempat sendiri buat kali pertama setelah bertemu Malaga.

Real Madrid
Wakil Real Madrid bakal memulakan rundingan dengan Santos mengenai perpindahan pemain Brazil, Neymar yang mungkin menelan belanja EUR60 juta.

Real Mallorca
Mallorca gagal jaringkan gol buat kali kelima dalam La Liga musim ini untuk seri di tempat sendiri buat kali kedua setelah menentang Sevilla.

Real Sociedad
Pengurus Sociedad, Montanier boleh menurunkan semula Tono, Illarramendi dan Zurutuza, tetapi Zubikarai, Cadamuro dan Pardo telah digugurkan.

Real Zaragoza
Roberto Jimenez berkata walaupun Zaragoza telah melepaskan gol paling banyak setakat ini, majoritinya datang daripada dua perlawanan sahaja.

Sevilla
Sevilla gagal jaringkan gol buat kali keempat dalam La Liga musim ini untuk seri di tempat lawan buat kali kelima setelah menentang Mallorca.

Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado mahu pemainnya menunjukkan semangat serta fokus kerana Zaragoza akan ambil pendekatan yang agresif.

Valencia
Alberto Costa jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Valencia menang di tempat lawan buat kali ketiga setelah menentang Levante.

Villarreal
Juan Carlos Garrido mengesahkan yang Bruno dan Marco Ruben kembali ke dalam skuad Villarreal, sementara Marchena tidak akan menentang Espanyol.

No comments:

Post a Comment