AC Milan
Milan dilapor mahu meminjam khidmat pemain tengah Corinthians, Paulinho pada bulan Januari nanti, dengan pilihan untuk membelinya kemudian.
AS Roma
Laporan mengatakan yang Roma akan mempertimbangkan tawaran untuk pemain dari Brazil, Cicinho dan Juan bila pasaran musim sejuk dibuka semula.
Atalanta
Pemain pertahanan Atalanta, Federico Peluso puas hati dengan keputusan seri menentang Siena dan gembira dengan persembahan matang pasukannya.
Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli tidak dapat turunkan Nicolo Cherubin dalam perlawanan Coppa Italia menentang Crotone kerana dia cedera lutut.
Cagliari
Michele Canini optimistik walaupun tewas kepada Inter dan mahu pengurus Cagliari, Davide Ballardini diberikan lebih masa untuk membuat impak.
Catania
Pemain tengah Catania, Francesco Lodi tidak terganggu walaupun gagal menyumbat penalti dan menggariskan prestasi cemerlang penjaga gol Chievo.
Cesena
Penyerang Cesena, Dominic Malonga semakin yakin selepas menewaskan Bologna dan puas hati kerana pasukannya mengancam sepanjang perlawanan.
Chievo
Penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino hanya mahu bermain dengan baik untuk kelab itu dan berharap dia akan dipanggil sertai skuad kebangsaan.
Fiorentina
Masalah kewangan Fiorentina mungkin memaksa Viola menjual Juan Manuel Vargas sekiranya mereka menerima tawaran bernilai hampir EUR10 juta.
Genoa
Pengurus, Alberto Malesani pertahankan Genoa daripada kritikan setelah menang 1-0 ke atas Novara dan tegaskan mereka bukanlah Real Madrid.
Inter Milan
Penyerang Borussia Moenchengladbach, Marco Reus dilapor telah menarik perhatian Inter Milan dengan prestasinya yang cemerlang pada musim ini.
Juventus
Kapten Juventus, Alessandro Del Piero gembira dengan kebangkitan Bianconeri musim ini, tetapi mengaku tidak selesa duduk dibangku simpanan.
Lazio
Edy Reja kecewa Lazio gagal beri lebih banyak masalah kepada Napoli, dan menggesa peminat supaya bersabar dengan penyerang, Djibril Cisse.
Lecce
Penjaga gol, Julio Sergio mengaku dia teringin kembali semula ke Roma, tetapi ketika ini dia hanya mahu melakukan yang terbaik untuk Lecce.
Napoli
Penyerang, Edinson Cavani tidak mengendahkan pendapat yang mengaitkannya dengan kelab Man City dan berkata dia hanya berfikir mengenai Napoli.
Novara
Direktor sukan Novara, Mauro Pederzoli berkata aksi pasukannya ketika tewas kepada Genoa membuktikan yang mereka boleh bersaing dalam Serie A.
Palermo
Naib presiden Palermo, Guglielmo Micciche berkata kedudukan Devis Mangia tidak terancam dan kelab itu tidak perlu menjual pemain Januari ini.
Parma
Brescia dilapor telah mengenalpasti penyerang Parma, Graziano Pelle sebagai sasaran untuk kelab Serie B itu dalam pasaran musim sejuk nanti.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino mengesahkan yang Calaio, Vergassola dan Grossi masih belum boleh menyertai pasukannya untuk Coppa Italia.
Udinese
Direktor sukan Udinese, Fabrizio Larini dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain tengah muda, Omar El Kaddouri daripada kelab Brescia.
No comments:
Post a Comment