Athletic Bilbao
Pengurus Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa mengaku berasa kecewa seri dengan Barcelona, tetapi mengaku keputusan perlawanan itu adalah adil.
Atletico Madrid
Pengurus Atletico Madrid, Gregorio Manzano akui kekalahan kepada Getafe yang tidak dapat dijelaskan adalah pedih dan merupakan suatu bencana.
Barcelona
Blackburn sedang mempertimbangkan tawaran untuk pemain tengah Barca, Jonathan dos Santos yang mungkin berpindah untuk mencari peluang bermain.
Espanyol
Pengurus, Mauricio Pochettino berkata Espanyol mendominasi majoriti perlawanan menentang Villarreal dan hanya kurang cekap menjaringkan gol.
Getafe
Pengurus, Luis Garcia gembira berjaya menewaskan Atletico dan menegaskan yang Getafe berhak mendapat 3 mata selepas melalui minggu yang sukar.
Granada
Fabri Gonzalez mengaku adalah sukar untuk Granada bermain dengan lancar jika lebih daripada separuh stadium tidak mahu menyokong pasukannya.
Levante
Sergio Ballesteros berkata Levante kurang agresif ketika menentang Valencia dan beri amaran mereka belum lagi selamat daripada penyingkiran.
Malaga
Pertahanan Malaga, Ignacio Monreal mengaku gembira kembali ke dalam skuad Sepanyol, selepas digugurkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Osasuna
Pengurus, Mendilibar berkata kekalahan teruk Osasuna membuktikan wujudnya jurang besar antara kelab lain dalam liga dengan Madrid serta Barca.
Racing Santander
Pengurus Racing, Hector Cuper mempunyai perasaan bercampur-campur selepas seri dengan Granada, tetapi memuji prestasi pertahanan pasukannya.
Rayo Vallecano
Pengurus, Jose Ramon menegaskan bahawa Rayo tidak pernah hilang keyakinan, tetapi mereka tidak boleh lupa diri selepas menewaskan Sociedad.
Real Betis
Presiden Real Betis, Miguel Guillen yakin bahawa skuadnya boleh mengelakkan penyingkiran dan pengurus, Pepe Mel layak mengetuai projek mereka.
Real Madrid
Pemain Real Madrid, Kaka dan Marcelo tidak boleh menyertai perlawanan Brazil menentang Gabon serta Mesir kerana kedua-duanya alami kecederaan.
Real Mallorca
Pemain tengah, Fernando Tissone puas hati dengan prestasinya sejak dia tiba di Mallorca, tetapi mengaku masih banyak yang perlu diperbaikinya.
Real Sociedad
Philippe Montanier menerima hakikat yang dia kini menjadi sasaran para penyokong Sociedad yang kecewa, berikutan kekalahan teruk kepada Rayo.
Real Zaragoza
Pengurus, Javier Aguirre menegaskan bahawa Zaragoza telah mencicirkan dua mata ketika seri dengan Sporting kerana gagal mengekalkan tumpuan.
Sevilla
Pemain sayap Sevilla, Jesus Navas gembira kembali ke dalam skuad Sepanyol dan mengaku kelabnya mengutamakan usaha mencari tiket ke Eropah.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado tidak puas hati seri dengan Zaragoza, tetapi mengaku skuadnya terlalu kecut di penghujung perlawanan.
Valencia
Pemain Valencia, Sofiane Feghouli mengaku segalanya sempurna pada musim ini, selepas tiba di kelab itu pada 2010 bersama lutut yang cedera.
Villarreal
Juan Carlos Garrido mengaku seri dengan Espanyol adalah keputusan yang baik bagi Villarreal berikutan kemerosotan yang dialami ketika ini.
No comments:
Post a Comment