Athletic Bilbao
Inigo Perez bersyukur persediaan untuk menghadapi Bratislava menghalang Bilbao daripada berfikir mengenai kekalahan mereka kepada Granada.
Atletico Madrid
Arda Turan jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Europa untuk Atletico menang buat kali ketiga dalam kumpulan I setelah menentang Celtic.
Barcelona
Daniel Alves percaya syak wasangka mengenai kad kuning Gerard Pique pada hari Selasa lalu membuktikan media sengaja mensasarkan Barcelona.
Espanyol
Pengurus, Mauricio Pochettino mengaku Espanyol terjejas teruk akibat kecederaan, tetapi percaya adalah terlalu awal untuk mencari pemain baru.
Getafe
Pemain Getafe, Juan Rodriguez mengingatkan pasukannya bahawa kemenangan ke atas Barcelona tidak bermakna jika mereka tewas kepada Sevilla.
Granada
Pemain Granada, Mikel Rico gembira berada di luar zon bahaya dan berharap skuadnya boleh mengekalkan momentum untuk beberapa perlawanan lagi.
Levante
Juanfran Garcia mengaku Levante masih belum pasti mengenai taktik untuk hadapi Barcelona, tetapi sedar mereka akan disembelih jika bertahan.
Malaga
Penyerang Malaga, Sebastian Fernandez mengaku kelebihan 5 mata terhadap kelab tempat ketujuh, Osasuna membantu skuadnya berlatih dengan aman.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar berharap Sergio Fernandez dan Marc Bertran boleh turun hujung minggu ini setelah terlepas 3 perlawanan.
Racing Santander
Pedro Munitis mengumumkan bahawa skuad Racing belum lagi mati walaupun selepas Hector Cuper keluar, dan berazam untuk mengubah situasi mereka.
Rayo Vallecano
Kapten Rayo, Miguel Angel berkata skuadnya meninggalkan perlawanan menentang Valencia dan Barcelona dengan perasaan positif walaupun tewas.
Real Betis
Penjaga gol Real Betis, Casto Espinosa Barriga melabelkan perlawanan menentang Osasuna sebagai perlawanan 'akhir' yang mereka wajib menang.
Real Madrid
Pemain Real Madrid, Xavi Alonso berkata sudah 2 hari Cristiano Ronaldo tidak dapat berlatih, tetapi berharap dia boleh turun menentang Gijon.
Real Mallorca
Pemain pertahanan Real Mallorca, Nunes berkata perlawanan menentang Bilbao adalah penting kerana kemenangan akan mengubah dinamik pasukannya.
Real Sociedad
Inigo Martinez gesa Sociedad supaya mensasarkan kemenangan ke atas Malaga, kerana mereka tidak sepatutnya melepaskan mata di tempat sendiri.
Real Zaragoza
Pemain pertahanan Zaragoza, Fernando Meira berpendapat yang pasukannya kurang dorongan dalam perlawanan setakat ini dan juga kekurangan tuah.
Sevilla
Pemain tengah, Ivan Rakitic teringin mengetahui keputusan menggunakan sistem 4-3-3 yang dia percaya lebih menggunakan kualiti pemain Sevilla.
Sporting Gijon
Penyerang Sporting Gijon, Oscar Trejo tidak sabar untuk menentang Real Madrid dan mengaku dia akan puas hati walaupun jika hanya berjaya seri.
Valencia
Valencia dilapor berminat untuk mengambil pemain pertahanan Ajax, Gregory van der Wiel, walaupun dia timbulkan masalah disiplin baru-baru ini.
Villarreal
Penyerang Villarreal, Nilmar umumkan yang dia berasa selesa di kelab itu dan akan kembali ke Brazil jika khidmatnya sudah tidak diperlukan.
No comments:
Post a Comment