Arsenal
Arsene Wenger menegaskan bahawa masih banyak yang perlu diperbaiki, walaupun Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan selesa ke atas West Brom.
Aston Villa
Alex McLeish memuji pertahanan Aston Villa setelah mereka berjaya menangani Norwich bagi memastikan kemenangan pertama dari empat perlawanan.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean berpendapat yang pasukannya berhak mendapat mata kerana mencipta banyak peluang ketika tewas kepada Chelsea.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle sudah bosan menawarkan alasan dan gesa pemain Bolton supaya membuktikan kekuatan mental untuk keluar daripada zon bahaya.
Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas gembira kembali mencatatkan kemenangan di Blackburn dan memuji keberanian yang ditunjukkan oleh pemainnya.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes mengaku tidak puas hati dengan pertahanan pasukannya pada babak pertama, selepas mereka tewas di Newcastle Utd.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mendedahkan bahawa dia gagal mendapatkan pemain Tottenham, Rafael van der Vaart ketika pemain itu bersama Hamburg.
Liverpool
Kenny Dalglish enggan tuding jari ke arah penyerang, Andy Carroll, setelah dia terlepas peluang keemasan ketika Liverpool seri dengan Swansea.
Manchester City
Yaya Toure jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Premier untuk Man City menang di tempat lawan buat kali yang kelima setelah bertemu QPR.
Manchester United
Pengurus, Sir Alex Ferguson mengaku berasa lega mendengar wisel penamat selepas Manchester United berjaya bertahan untuk tewaskan Sunderland.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew mengalukan pasukannya kerana berjaya mengatasi kecederaan terhadap dua pemain utama untuk menewaskan Everton.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert puas hati dengan semangat juang Norwich ketika tewas kepada Aston Villa, tetapi mengkritik cara mereke melepaskan gol.
Queens Park Rangers
Yaya Toure jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Premier untuk QPR tewas di tempat sendiri buat kali yang kedua setelah menentang Man City.
Stoke City
Peter Crouch berkata jadual yang padat minggu ini tidak boleh dijadikan alasan untuk Stoke menunjukkan aksi buruk bila menentang Bolton nanti.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce menuduh pengadil sekadar meneka bila enggan memberikan penalti kepada skuadnya ketika tewas kepada Man Utd.
Swansea City
Brendan Rodgers bangga dengan Swansea kerana berjaya mengutip mata daripada pertemuan dengan Liverpool buat kali pertama sejak 30 tahun lalu.
Tottenham
Pengurus skuad Wales, Gary Speed tidak akan melarang pemain tengah Tottenham, Gareth Bale daripada mewakili Great Britain dalam Olimpik 2012.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson mempertahankan tahap kerja pasukannya ketika tewas kepada Arsenal yang diakui mempunyai kualiti lebih tinggi.
Wigan Athletic
Pengerusi Wigan, Dave Whelan menegaskan bahawa dia sanggup memecat pengurus, Roberto Martinez jika perlu, walaupun hubungan mereka amat baik.
Wolverhampton
Jamie O'Hara mahu Wolves memastikan kemenangan ke atas Wigan kerana lima kekalahan berturut-turut mula beri kesan kepada semangat pasukannya.
No comments:
Post a Comment