Arsenal
Penyerang, Theo Walcott percaya dia mula membuktikan diri kepada pengkritiknya, setelah memainkan peranan penting dalam kebangkitan Arsenal.
Aston Villa
Adebayor jaringkan golnya yang kelima dalam Liga Premier untuk Aston Villa tewas di tempat lawan buat kali kedua setelah menentang Tottenham.
Blackburn
Penjaga gol Blackburn, Paul Robinson percaya semangat yang tinggi di dalam bilik persalinan kelab itu akan membantu mereka keluar dari bahaya.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle semakin marah dengan persembahan pasukan Bolton yang tidak mampu untuk menunjukkan sebarang konsistensi pada musim ini.
Chelsea
Pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin akui dia akan pertimbangkan tawaran daripada Chelsea yang sering dikaitkan dengan pemain itu.
Everton
David Moyes mengaku dia perlu mencari cara lain untuk membantu pasukannya mencipta peluang kerana mereka kekurangan kreativiti ketika ini.
Fulham
Fulham berharap Stephen Kelly akan pulih daripada kecederaan pangkal pahanya sebelum perlawanan Liga Premier menentang kelab jiran, Arsenal.
Liverpool
Pemain tengah PSV, Kevin Strootman kini menjadi sasaran Liverpool yang tidak mempunyai masalah membayar yurannya yang bernilai EUR10 juta.
Manchester City
David Silva percaya tidak mustahil untuk Manchester City menjulang piala Liga Juara-juara dalam musim pertama mereka sertai pertandingan itu.
Manchester United
Real Madrid dilapor akan menyerahkan tawaran bernilai EUR55 juta kepada Manchester United untuk penyerang, Wayne Rooney pada bulan Januari.
Newcastle United
Demba Ba menegaskan bahawa dia dan pemain Newcastle yang lain mempunyai kekuatan mental untuk bangun daripada kekalahan di tangan Man City.
Norwich City
Pemain tengah Norwich, Andrew Crofts memuji kecemerlangan rakan sepasukannya, Steve Morison dan berharap dia boleh mengekalkan prestasinya.
Queens Park Rangers
Pengurus, Neil Warnock sedar dia tidak boleh menolak kemungkinan David Beckham menyertai QPR dengan adanya Tony Fernandes sebagai pemilik.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mungkin akan merayu denda GBP10,000 yang dikenakan kepadanya kerana membuat komen mengenai pengadil, Lee Probert.
Sunderland
Sunderland sedang menguji penyerang muda dari Ireland Utara, Caolan Lavery yang ketika ini tidak terikat selepas kontraknya di Ipswich tamat.
Swansea City
Pemain Swansea, Scott Sinclair mohon maaf kerana gagal menyumbat gol mudah ketika tewas kepada Man Utd dan mahu melupakannya secepat mungkin.
Tottenham
Adebayor jaring golnya yang kelima dalam Liga Premier untuk Tottenham menang di tempat sendiri buat kali keempat setelah bertemu Aston Villa.
West Brom
Billy Jones gesa West Brom untuk melanjutkan kontrak Roy Hodgson kerana dia percaya pengurus itu amat penting bagi kemajuan skuad Baggies.
Wigan Athletic
Pemain tengah, James McCarthy percaya pemain Wigan perlu mempunyai kekuatan mental untuk menerima keputusan digugurkan daripada skuad utama.
Wolverhampton
Wolves mengesahkan yang Richard Stearman akan menjalani pembedahan setelah patah tangan, akan tetapi jangka masa pemulihannya belum diketahui.
No comments:
Post a Comment