Wednesday, November 2, 2011

Serie A

AC Milan
Naib presiden Milan, Adriano Galliani menegaskan bahawa kerjaya Antonio Cassano belum berakhir walaupun selepas menjalani pembedahan jantung.

AS Roma
Roma dilapor berminat dengan khidmat pemain tengah Porto, Freddy Guarin dan pihak Giallorossi akan membuat tawaran pada bulan Januari nanti.

Atalanta
Atalanta mungkin terlepas sasaran dari Sweden, Celik Mervan yang dilapor bakal membuka rundingan dengan Fulham mengenai perpindahan ke England.

Bologna
Marco Di Vaio berkata pada musim panas lalu dia telah menolak peluang bermain di Liga Juara-juara bersama Napoli untuk kekal bersama Bologna.

Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino menggariskan keyakinannya terhadap Massimo Ficcadenti dan berkata Rossoblu sedang membina skuad masa depan.

Catania
Direktor, Pietro Lo Monaco mengaku AC Milan adalah pilihan utama hujung minggu ini, tetapi yakin Catania boleh menunjukkan persembahan baik.

Cesena
Presiden Cesena, Igor Campedelli berkata ketibaan Daniele Arrigoni telah beri tenaga positif dan percaya mereka boleh elakkan penyingkiran.

Chievo
Chievo berada di tempat ke-13 dalam carta Fairplay dengan 24 mata penalti setelah mengumpul 22 kad kuning dan satu kad merah pada musim ini.

Fiorentina
Agen Manuel Pasqual tegaskan yang mereka tiada masalah dalam rundingan dengan Fiorentina dan yakin pemain itu akan tandatangani kontrak baru.

Genoa
Direktor sukan Genoa, Stefano Capozucca meremehkan pertembungannya dengan pemain Viola, Kharja dan mendakwa berita itu telah diperbesarkan.

Inter Milan
Diego Milito jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Inter Milan menang kali ketiga dalam kumpulan B setelah bertemu Lille.

Juventus
Agen Amauri nafi laporan yang mengaitkan penyerang Juventus itu dengan Bologna serta Genoa dan berkata tiada tawaran di atas meja ketika ini.

Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja mengaku teringin menyaingi pencapaian Napoli dan mendapatkan tiket untuk menyertai Liga Juara-juara musim hadapan.

Lecce
Penyerang Lecce, Daniele Corvia telah diejek dan dicemuh ketika menjalani latihan, selepas terlepas peluang jaringkan gol pada hari Ahad lalu.

Napoli
Mario Gomez jaringkan golnya yang kelima dalam Liga Juara-juara untuk Napoli tewas kali pertama dalam kumpulan A setelah menentang Bayern.

Novara
Pengurus Novara, Attilio Tesser enggan mengubah pendekatan yang telah digunakan selama dua tahun, walaupun dilabelkan sebagai terlalu berani.

Palermo
Direktor sukan Palermo, Sean Sogliano telah meletak jawatan selepas bertengkar dengan presiden, Maurizio Zamparini sebanyak beberapa kali.

Parma
Pengurus Parma, Franco Colomba berharap Antonio Giovinco akan kekal di kelab itu untuk jangka masa panjang dan terus meningkatkan profilnya.

Siena
Pemain tengah Siena, Simone Vergassola telah memulakan program pemulihannya yang akan menyaksikan dia tidak dapat beraksi selama 7 minggu.

Udinese
Penyerang Udinese, Diego Fabbrini berharap dapat mengesahkan prestasi baik mereka di dalam Serie A dengan menewaskan Atletico Madrid pula.

No comments:

Post a Comment