Athletic Bilbao
Pemain Athletic Bilbao, Inigo Perez gembira kembali ke dalam skuad, selepas diberitahu bahawa dia tidak diperlukan di dalam pra-musim lalu.
Atletico Madrid
Pengurus, Gregorio Manzano yakin dengan kerjanya dan tidak mengendahkan khabar angin yang mengatakan Atletico telah mula mencari penggantinya.
Barcelona
Presiden Chivas, Jorge Vergara tegaskan yang Marco Fabian tidak akan dijual kepada Barcelona dan mendakwa bahawa tiada tawaran yang diterima.
Espanyol
Joan Verdu mendedahkan bahawa dia ada menerima beberapa tawaran, akan tetapi dia rela untuk membuka rundingan kontrak baru dengan Espanyol.
Getafe
Pemain Getafe, Mane beri amaran kepada skuadnya supaya jangan meremehkan Sporting Gijon dengan berfikir mengenai Barcelona terlebih dahulu.
Granada
Juan Carlos percaya adalah lebih baik bagi Granada menyedari dari awal bahawa La Liga jauh berbeza daripada apa yang pernah mereka hadapi.
Levante
Berita buruk untuk pengurus Levante, Juan Ignacio kerana Asier del Horno tidak dapat beraksi selama 3 minggu kerana mengalami masalah otot.
Malaga
Kris Stadsgaard mendedahkan bahawa dia berpeluang untuk berpindah kelab pada musim panas lalu, tetapi direktor Malaga enggan melepaskannya.
Osasuna
Alvaro Cejudo berkata prestasi Osasuna tidaklah teruk jika dipertimbangkan yang mereka telah menentang Barca, Madrid, Atletico dan Bilbao.
Racing Santander
Penjaga gol Racing, Tono yakin bahawa pasukannya bakal menaiki carta liga kerana mereka sepatutnya mendapat mata di dalam beberapa perlawanan.
Rayo Vallecano
Hanya Javi Fuego, Jordi Figueras, Miguel Perez serta Roberto Tiguero yang telah memulakan kesemua 11 perlawanan untuk Rayo pada musim ini.
Real Betis
Betis tewas 2-0 dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Segunda B, Ceuta setelah Aitor dan Toledo menjaringkan gol di Benito Villamarin.
Real Madrid
Pemain Real Madrid, Kaka menolak kemungkinan kembali ke Milan setelah menegaskan bahawa dia mahu kekal di Sepanyol untuk jangka masa panjang.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Caparros mengaku dia tidak boleh berpuas hati dengan 3 mata daripada 5 perlawanan, tetapi gembira dengan reaksi pemainnya.
Real Sociedad
Sociedad akan cuba lupakan masalah serius kelab itu dan cuba mencari kemenangan bila menentang Racing dalam perlawanan persahabatan di Tolosa.
Real Zaragoza
Javier Paredes umumkan bahawa Zaragoza akan cuba tewaskan Barcelona, walaupun mereka gunakan 5 pemain pertahanan dalam pertemuan sebelum ini.
Sevilla
Federico Fazio mengaku dia belum menemui posisi ideal di dalam skuad Sevilla setelah dia digunakan sebagai pemain tengah dan tengah bertahan.
Sporting Gijon
Hanya pemain pertahanan, Alberto Botia dan tengah, Miguel de las Cuevas yang telah memulakan kesemua 11 perlawanan untuk Gijon pada musim ini.
Valencia
Selepas dua minggu menjalani pembedahan, pemain tengah Valencia, Sergio Canales perlu melalui fasa yang paling menyakitkan dalam pemulihannya.
Villarreal
Marco Ruben beri amaran kepada Villarreal bahawa adalah penting bagi mereka dapatkan kedudukan yang baik dalam liga sebelum cuti musim sejuk.
No comments:
Post a Comment