Arsenal
Pengurus, Arsene Wenger mengalukan Robin van Persie sebagai bakat 'luar biasa' dan mahu penyerang itu kekal di Arsenal seluruh kerjayanya.
Aston Villa
Richard Dunne berharap dapat membawa kejayaan kepada Aston Villa yang terkial-kial, sebagaimana yang dikecapinya bersama Republik Ireland.
Blackburn
Liverpool dilapor sedang mendahului persaingan mendapatkan pemain pertahanan Blackburn, Christopher Samba yang dipercayai masih mahu keluar.
Bolton
Pemain pertahanan Aston Villa, Habib Beye dijangka akan menamatkan masanya dipinggiran dengan menyertai Doncaster sebagai pemain pinjaman.
Chelsea
Andre Villas-Boas mengaku kekalahan Chelsea kepada Liverpool di Stamford Bridge telah mencalarkan peluang skuadnya menjuarai Liga Premier.
Everton
Pengerusi Everton, Bill Kenwright berjanji akan menyediakan dana untuk pengurus, David Moyes mengambil pemain baru pada bulan Januari nanti.
Fulham
Fulham dilapor berminat mendapatkan pemain pertahanan Newcastle United, Danny Simpson yang kontraknya akan tamat dalam masa 18 bulan lagi.
Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish puas hati dengan cara skuadnya bermain, sikap dan komitmen mereka, berikutan kemenangan di Stamford Bridge.
Manchester City
Penolong pengurus Tottenham, Kevin Bond bayangkan yang Spurs mungkin akan cuba membeli Emmanuel Adebayor jika dia kekalkan prestasi baiknya.
Manchester United
Valencia tiada rancangan menawarkan kontrak yang lebih baik kepada Adil Rami, walaupun selepas pemain itu dikaitkan dengan Manchester United.
Newcastle United
Fulham dilapor berminat mendapatkan pemain pertahanan Newcastle United, Danny Simpson yang kontraknya akan tamat dalam masa 18 bulan lagi.
Norwich City
Andrew Crofts tidak mahu skuad Norwich berasa kecewa kerana mereka berpeluang untuk seri dengan Arsenal sehinggalah ke penghujung perlawanan.
Queens Park Rangers
Neil Warnock berpendapat bahawa QPR perlu ambil pengajaran daripada pelan rancangan Stoke City sekiranya mereka mahu kekal dalam Liga Premier.
Stoke City
Pemain pertahanan veteran, Danny Collins yakin masanya bersama Stoke sudah tamat, tetapi tidak pasti sama ada kelab Ipswich akan membelinya.
Sunderland
Pemain Sunderland, Michael Turner percaya Fulham telah beri peringatan kepada pasukannya bahawa tiada perlawanan mudah di dalam Liga Premier.
Swansea City
Andres Villas-Boas mengaku terkejut pengurus Swansea City, Brendan Rodgers secara terbuka menyatakan hasratnya untuk mengambil Josh McEachran.
Tottenham
Penolong pengurus Tottenham, Kevin Bond bayangkan yang Spurs mungkin akan cuba membeli Emmanuel Adebayor jika dia kekalkan prestasi baiknya.
West Brom
Zoltan Gera mengaku dia berasa emosional ketika membuat kemunculan pertama di The Hawthorns sejak menyertai semula West Brom pada musim panas.
Wigan Athletic
Dave Whelan mendedahkan bahawa ini mungkin adalah musim terakhir baginya dan dia mungkin menyerahkan teraju kelab Wigan kepada cucunya, David.
Wolverhampton
Pengurus, Sean Dyche gembira setelah Watford melanjutkan kontrak peminjaman pemain sayap Wolves, Michael Kightly sehingga awal bulan Januari.
No comments:
Post a Comment