Thursday, November 24, 2011

EPL 25/11/2011

Arsenal
Alex Song berpendapat Arsenal akhirnya mula bertindak sebagai sebuah unit yang efektif dan yakin skuadnya akan meneruskan kemajuan mereka.

Aston Villa
Alex McLeish bimbang untuk meletakkan tekanan ke atas pemain muda Aston Villa dan berharap pemain senior akan mengambil beban tambahan itu.

Blackburn
Blackburn terlepas peluang untuk mengambil Jonathan Do Santos selepas dia menandatangani kontrak baru untuk kekal di Barcelona sehingga 2015.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle bimbang mengenai kecergasan Dedryck Boyata menjelang perlawanan Everton, setelah Joe Riley mengalami kecederaan.

Chelsea
Chelsea sedang mempertimbangkan keputusan membina stadium di Stesen Kuasa Battersea dan telah melantik salah sebuh pemaju utama di London.

Everton
Penjaga gol Everton, Tim Howard memuji Phil Jagielka yang sentiasa boleh diharap dan selalu sanggup melakukan tugas 3 ke 4 orang pemain lain.

Fulham
Pengurus Wycombe, Gary Waddock berjaya meminjam pemain Fulham, Marcello Trotta selama sebulan kerana dia perlukan penjaring yang semulajadi.

Liverpool
Kenny Dalglish gembira dengan kemajuan Liverpool dalam merebut 4 tempat teratas dan berkata dia sedang bina skuad untuk jangka masa panjang.

Manchester City
AC Milan dilapor telah membuka rundingan dengan agen Carlos Tevez mengenai kemungkinan meminjam khidmat penyerang Man City pada bulan Januari.

Manchester United
Phil Jones berharap jadual perlawanan akan memberikan tekanan besar kepada Man City bagi membolehkan United memintas mereka sebelum Krismas.

Newcastle United
Pemain tengah Newcastle, Sylvain Marveaux perlukan empat bulan untuk pulih setelah dia berjaya menjalani pembedahan pangkal paha di Amerika.

Norwich City
Jurulatih Republik Ireland, Marco Tardelli berkata mereka sedang perhatikan pemain Norwich, Wes Hoolahan, Anthony Pilkington dan Marc Tierney.

Queens Park Rangers
Pengerusi West Ham United, David Gold berkata kelab itu tidak akan menjual James Tomkins pada bulan Januari, setelah dia dikaitkan dengan QPR.

Stoke City
Pemain tengah Stoke, Wilson Palacios umumkan bahawa dia cergas 100 peratus dan bersedia untuk membantu skuad Potters menamatkan kemerosotan.

Sunderland
Steve Bruce yakin skuad Sunderland boleh mencapai prestasi yang baik walaupun setakat ini mereka hanya berjaya menang sebanyak dua perlawanan.

Swansea City
Selepas mengadakan rundingan kontrak baru dengan Swansea, Brendan Rodgers tegaskan bahawa kelab itu adalah tempat yang paling sesuai baginya.

Tottenham
Tottenham adalah kelab Inggeris terkini dikaitkan dengan usaha mendapatkan pemain Inter, Cristian Chivu yang akan tamat kontrak pada Jun 2012.

West Brom
West Brom mengesahkan bahawa kelab Doncaster Rovers telah meminjam khidmat penyerang veteran, Marc-Antoine Fortune sehingga 2hb Januari nanti.

Wigan Athletic
Roberto Martinez mengaku Wigan masih kecewa dengan keputusan seri menentang Blackburn dan akan melepaskan geram mereka terhadap Sunderland.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy mahu pasukannya menunjukkan pertahanan yang kukuh di Stamford Bridge, dalam usahanya untuk mengekang Chelsea.

No comments:

Post a Comment