Arsenal
Arsene Wenger menegaskan bahawa Arsenal cukup bijak untuk menyedari bahawa mereka tidak akan mendapat laluan mudah bila menentang West Brom.
Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish mahu Aston Villa mencari semula mentaliti pemenang, setelah berasa kecewa dengan permulaan kempen mereka musim ini.
Blackburn
Morten Gamst Pedersen beri amaran kepada Chelsea bahawa adalah sukar untuk menang di Blackburn yang telah menemui semula semangat juang mereka.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle bersyukur kerana pengikut kelab itu yang tidak menjadikannya sebagai sasaran seperti yang berlaku di Blackburn.
Chelsea
Andre Villas-Boas menegaskan bahawa keyakinan Chelsea tidak terjejas dengan masalah di kelab itu dan pertahankan kualiti serta bakat skuadnya.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes mengaku pada awalnya dia berminat mendapatkan Demba Ba sebelum penyerang itu menyertai Newcastle dari West Ham.
Fulham
Andrew Johnson mengaku tekanan di Fulham sudah berkurangan dan yakin pasukannya boleh menutup minggu ini dengan kemenangan ke atas Tottenham.
Liverpool
Jose Reina berkata Liverpool telah membuat kemajuan yang besar sepanjang 12 bulan ini sehinggakan mereka boleh mensasarkan piala Liga Premier.
Manchester City
Manchester City dan Barcelona dilapor sedang perhatikan kemajuan pemain tengah muda, Adam Maher yang terikat dengan kelab Belanda, AZ Alkmaar.
Manchester United
Nemanja Vidic percaya kepercayaan serta keyakinan yang Sir Alex Ferguson tunjukkan kepada pemain telah menjadikan dia pengurus yang hebat.
Newcastle United
Pengurus Everton, David Moyes mengaku pada awalnya dia berminat mendapatkan Demba Ba sebelum penyerang itu menyertai Newcastle dari West Ham.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil pemain yang anggap dirinya lebih penting daripada skuad sedia ada.
Queens Park Rangers
Pemilik Queens Park Rangers, Tony Fernandes sokong pemain Chelsea, John Terry menjadi kapten skuad England jika dia adalah calon yang sesuai.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis berkata pasukannya perlu buktikan bahawa mereka boleh menang di tempat lawan sebaik sahaja pulang daripada Eropah.
Sunderland
Steve Bruce keberatan untuk menemui Manchester United, tetapi gesa pemain Sunderland supaya menimba banyak pengalaman daripada perlawanan itu.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers gembira berada di Stadium Liberty dan mengaku dia sanggup menandatangani kontrak jangka panjang di kelab itu.
Tottenham
Jurulatih Spurs, Kevin Bond berkata Brad Freidel akan kekal sebagai pilihan utama walaupun Carlo Cudicini cemerlang ketika bertemu Rubin Kazan.
West Brom
Roy Hodgson harap Peter Odemwingie akan mencapai tahap terbaiknya semula setelah mengakui prestasinya pada musim ini tidak sebaik tahun lalu.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan, Roberto Martinez percaya Hugo Rodallega telah pulih daripada kesan menyertai Copa America dan bersedia menjaringkan gol semula.
Wolverhampton
Pengurus, Mick McCarthy cabar pemainnya supaya menawan hati peminat Wolves dengan menunjukkn persembahan cemerlang ketika menentang Wigan.
No comments:
Post a Comment