Arsenal
Arsene Wenger menggariskan komitmennya terhadap Arsenal selepas Robin van Persie menjaringkan dua gol untuk Gunners menang di Norwich City.
Aston Villa
Ahli perniagaan dari Amerika, Randy Lerner menggariskan komitmennya kepada Aston Villa dan menegaskan bahawa dia tidak mahu menjual kelab itu.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean mengalukan semangat para pemainnya selepas Dunn dibuang padang dan percaya mereka sepatutnya seri dengan Wigan.
Bolton
Owen Coyle tidak puas hati dengan persembahan Bolton dalam babak kedua ketika tewas kepada West Brom untuk berada di tempat ketiga terakhir.
Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas dakwa yang masih sanggup membayar GBP50 juta untuk Fernando Torres walaupun kini kurang menjaringkan gol.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes mengaku mengutip tiga mata ketika menentang Wolves adalah lebih penting berbanding kualiti persembahan mereka.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol memuji Mark Schwarzer setelah menghalang cubaan baik pada minit kecederaan untuk menafikan kemenangan Sunderland.
Liverpool
Stewart Downing mengaku tahap ekspektasi di Liverpool lebih tinggi berbanding kelab-kelabnya sebelum ini, tetapi yakin dia boleh menanganinya.
Manchester City
Pengurus, Roberto Mancini beri amaran kepada Man City untuk memperbaiki aksi mereka sebelum bertemu Napoli, walaupun menang ke atas Newcastle.
Manchester United
Ryan Giggs mengaku Manchester United bermain di bawah tahap biasa ketika menentang Swansea, walaupun menang buat kali kelima berturut-turut.
Newcastle United
Pengurus Newcastle Utd, Alan Pardew mengaku dia kecewa selepas tewas kepada Manchester City, walaupun ada pemainnya yang tidak dapat beraksi.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert mengaku Arsenal memang layak menang, tetapi puas hati melihat pasukannya berjaya bersaing sepanjang perlawanan.
Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock puas hati dengan semangat juang pasukannya dan berpendapat mereka cemerlang ketika menentang Stoke.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengaku sekali lagi prestasi buruk pertahanan pasukannya telah menyebabkan mereka tewas kepada QPR di Britannia.
Sunderland
Steve Bruce puas hati dengan persembahan Sunderland ketika seri dengan Fulham, tetapi mengaku pasukannya tidak cukup cekap di hadapan gol.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers bangga dengan persembahan pasukannya ketika menentang Man Utd, walaupun mereka tewas di Stadium Liberty.
Tottenham
Pengurus Spurs, Harry Redknapp anggap presiden FIFA sebagai 'tolol' dan tidak berpaut pada realiti, berikutan komennya mengenai isu perkauman.
West Brom
Roy Hodgson mengalukan persembahan penyerang West Brom, Shane Long setelah dia menanduk masuk gol kemenangan ke atas Bolton di The Hawthorn.
Wigan Athletic
Roberto Martinez menegaskan bahawa suara kecil Wigan di dalam liga telah menjejaskan pasukannya, berikutan keputusan seri dengan Blackburn.
Wolverhampton
Mick McCarthy berpendapat bahawa Wolves sepatutnya seri dan mempersoalkan keputusan penalti pengadil, Jon Moss dalam kekalahan kepada Everton.
No comments:
Post a Comment