Athletic Bilbao
Javi Martinez kembali bersama Bilbao setelah Sepanyol membenarkan dia pulang kerana masalah paha yang dialaminya sejak beberapa minggu lalu.
Atletico Madrid
Radamel Falcao akan tiba di Atletico pada hari Sabtu untuk menjalani imbasan terhadap kecederaan paha yang dialaminya ketika bersama Colombia.
Barcelona
Barcelona menyaksikan pemain Tottenham, Gareth Bale ketika menentang Fulham dan kini dilapor menyediakan tawaran bernilai GBP35 juta untuknya.
Espanyol
Kapten Espanyol, Cristian Alvarez mengumumkan bahawa dia gembira berada di kelab itu dan meremehkan sumbangan individunya di dalam pasukan.
Getafe
Berita baik untuk pengurus Getafe, Luis Garcia kerana Jaime Gavilan telah kembali menjalani latihan skuad selepas beberapa bulan dia cedera.
Granada
Pengurus Granada, Fabriciano Gonzalez menegaskan bahawa tindakan penyokong mengejek pemain skuad mereka di tempat sendiri adalah tidak betul.
Levante
Xavi Torres berkata Levante tidak sabar untuk kembali beraksi hujung minggu depan kerana tidak puas hati dengan dua kekalahan sebelum ini.
Malaga
Agen Andres Palop menafikan laporan yang mengaitkan Malaga dengan penjaga gol Sevilla itu dan berkata belum ada kelab yang menghubunginya.
Osasuna
Berita baik untuk pengurus Osasuna kerana Roversio Rodrigues, Roland Lamah serta Marc Bertran sudah pulih dan boleh bermain minggu hadapan.
Racing Santander
Oscar Serano mengaku tidak sangka akan diganti dalam perlawanan minggu lalu, tetapi berkata hubungannya dengan pengurus Racing tidak berubah.
Rayo Vallecano
Jose Ramon Sandoval mengingatkan pemainnya supaya jangan terlalu teruja dengan kedudukan Rayo dalam carta dan hanya fokus pada tugas mereka.
Real Betis
Chechu Dorado beri amaran walaupun Villarreal berada di belakang Real Betis dalam kedudukan carta, mereka tetap adalah kelab Liga Juara-juara.
Real Madrid
Penjaga gol, Iker Casillas akan menyamai rekod Zubizarreta sebanyak 126 kep dan berharap boleh bermain lebih banyak perlawanan untuk Sepanyol.
Real Mallorca
Penyerang Genk, Marvin Ogunjimi mungkin menyertai Real Mallorca pada bulan Januari nanti kerana Barralet menghadapi masalah menjaringkan gol.
Real Sociedad
Kapten, Mikel Aranburu gesa skuad Sociedad supaya lebih kritikal terhadap diri sendiri dan bekerja lebih keras jika mahu menaiki carta liga.
Real Zaragoza
Pengurus Real Zaragoza, Javier Aguirre mengaku pasukannya perlu memperbaiki prestasi pertahanan kerana mereka selalu berjaya menjaringkan gol.
Sevilla
Agen Andres Palop menafikan laporan yang mengaitkan Malaga dengan penjaga gol Sevilla itu dan berkata belum ada kelab yang menghubunginya.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado percaya pasukannya mula menemui semula identiti mereka, walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.
Valencia
Antonio Barragan percaya Valencia mampu bersaing dengan kelab seperti Real Madrid, dan mengakui Jose Mourinho adalah jurulatih yang hebat.
Villarreal
Bruno Soriano berkata Villarreal sedikit demi sedikit kembali bermain seperti dahulu dan dua perlawanan lalu telah menaikkan semangat mereka.
No comments:
Post a Comment