Tuesday, November 1, 2011

EPL

Arsenal
Arsenal gagal jaringkan gol buat kali pertama untuk seri buat kali pertama dalam kumpulan F Liga Juara-juara setelah bertemu kelab Marseille.

Aston Villa
Pemain tengah Villa, Chris Herd gembira diturunkan menentang Sunderland dan kini berazam mengukuhkan tempatnya di dalam kesebelasan utama.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean berpendapat yang dia mungkin boleh berbelanja pada bulan Januari ini dalam usahanya mencari penyerang baru.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle beri amaran bahawa dia bersedia untuk merombak skuadnya bagi mencari barisan yang boleh mengubah situasi mereka.

Chelsea
Ramires jaringkan golnya yang pertama dalam Liga Juara-juara untuk Chelsea seri kali kedua dalam kumpulan E setelah menentang Racing Genk.

Everton
Everton dilapor sedang berunding dengan beberapa pihak termasuklah syarikat hartanah dari India, Jain mengenai pelaburan besar di kelab itu.

Fulham
Pemain tengah, Steve Sidwell menegaskan bahawa Fulham boleh menaiki carta liga jika mereka mengekalkan cara mereka bermain kebelakangan ini.

Liverpool
Liverpool mengesahkan yang Steven Gerrard akan terlepas perlawanan menentang Swansea, Sepanyol dan Sweden setelah kakinya mengalami jangkitan.

Manchester City
Mario Balotelli telah disenaraikan ke dalam skuad Liga Juara-juara Man City buat kali pertama untuk perlawanan mereka menentang Villarreal.

Manchester United
Pengurus, Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa Rio Ferdinand masih mempunyai peranan besar di Man Utd walaupun dia bukan lagi pilihan pertama.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew memuji Demba Ba kerana menjaringkan hatrik di Stoke dan menegaskan yang penyerang tidak didorong oleh dendam.

Norwich City
Pengurus Norwich City, Paul Lambert tidak menolak kemungkinan mencari pemain baru bila pasaran pemain dibuka semula pada bulan Januari nanti.

Queens Park Rangers
Penyerang Queens Park Rangers, Jamie Mackie telah dipanggil oleh pengurus Scotland, Craig Levein buat kali pertama sejak hampir setahun lalu.

Stoke City
Direktor sukan VVV Venlo, Mario Captein dakwa yang penyerang, Michael Uchebo akan memulakan rundingan dengan Stoke dalam masa dua minggu lagi.

Sunderland
Sunderland dilapor bersiap-sedia mengambil dua orang pemain muda - penyerang Helsingborg, Robert Mirosavic dan Linus Sjoberg dari Vasteras.

Swansea City
Pemain Swansea, Leon Britton percaya kemenangan ke atas Liverpool di Anfield akan menghantar isyarat besar kepada kelab lain di dalam liga.

Tottenham
Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Gareth Bale percaya keyakinan diri banyak membantu pasukannya mengikat beberapa keputusan tanpa kalah.

West Brom
West Brom telah menarik keluar pemain tengah veteran, Zoltan Gera daripada skuad simpanan dengan harapan dia boleh menentang Arsenal nanti.

Wigan Athletic
Pengerusi Wigan, Dave Whelan yakinkan Roberto Martinez bahawa dia tidak akan dipecat walaupun Latics kini berada di dasar carta Liga Premier.

Wolverhampton
Wayne Hennessey percaya kesilapan hujung minggu lalu tidak akan menjejaskannya, tetapi mengaku dia menyebabkan Wolves tewas kepada Man City.

No comments:

Post a Comment