Monday, November 21, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus, Marcelo Bielsa percaya Athletic Bilbao berhak menang ke atas Sevilla dan puas hati dengan prestasi serangan dan pertahanan skuadnya.

Atletico Madrid
Pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin akui dia akan pertimbangkan tawaran daripada Chelsea yang sering dikaitkan dengan pemain itu.

Barcelona
Pemain tengah, Andres Iniesta tidak dapat menyertai skuad Barcelona yang akan berkunjung ke AC Milan setelah pahanya mengalami lebam teruk.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino memuji usaha dan hasil kerja pasukannya ketika menentang Sociedad, tetapi kesal mereka gagal menang.

Getafe
Luis Garcia merungut mengenai kekalahan ketiga pada waktu kecederaan dan mengaku mata yang tercicir sebegitu akan menjejaskan peluang Getafe.

Granada
Pengurus Granada, Fabriciano Gonzalez percaya pasukannya hampir-hampir menjaringkan gol ketika bila perlawanan menentang Mallorca dihentikan.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio puas hati dengan persembahan skuadnya ketika tewas kepada Atletico dan percaya mereka berpeluang untuk menang.

Malaga
Sebastian Fernandez jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Malaga menang di tempat lawan buat kali kedua setelah menentang Racing.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar mengaku Rayo lebih bagus dan berkata pemainnya tidak cukup berani untuk mengubah situasi yang buruk.

Racing Santander
Sebastian Fernandez jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Racing tewas di tempat sendiri buat kali kedua setelah menentang Malaga.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Jose Ramon Sandoval puas hati dengan satu mata yang dikutip ketika menentang Osasuna, walaupun mereka mensasarkan kemenangan.

Real Betis
Presiden Real Betis, Miguel Guillen sekali lagi beri sokongannya kepada Pepe Mel kerana keputusan terburu-buru hanya akan merugikan mereka.

Real Madrid
Real Madrid dilapor akan menyerahkan tawaran bernilai EUR55 juta kepada Manchester United untuk penyerang, Wayne Rooney pada bulan Januari.

Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros berkata adalah agak malang perlawanan menentang Granada dihentikan kerana suasana dalam stadium itu bagus.

Real Sociedad
Pengurus Sociedad, Philippe Montanier mengaku pasukannya tidak berkesan pada babak kedua setelah tewas dalam pertarungan di bahagian tengah.

Real Zaragoza
Marcos Vales berkata peminat tidak boleh ada ekspektasi tinggi terhadap Zaragoza kerana jurang besar yang wujud antara kelab atas dan bawah.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral mengaku bahawa Bilbao berhak menang kerana telah bermain dengan lebih bagus dan menguasai pasukannya.

Sporting Gijon
Pengurus Sporting Gijon, Manolo Preciado berkata skuadnya tewaskan Getafe dengan sikap sabar dan tenang, dan jelas bermain dengan lebih baik.

Valencia
Jeremy Mathieu percaya Valencia boleh catat keputusan penting jika boleh mengulangi persembahan babak kedua ketika tewas kepada Real Madrid.

Villarreal
Pengurus Villarreal, Juan Carlos Garrido gugurkan Gonzalo Rodriguez daripada skuadnya yang akan menentang Bayern Munich kerana masalah lutut.

No comments:

Post a Comment