Friday, November 25, 2011

Serie A

AC Milan
Milan mengesahkan bahawa Alessandro Nesta tidak dapat beraksi selama sebulan setelah mengalami kecederaan ketika menentang pasukan Barcelona.

AS Roma
Antonio Di Natale jaringkan golnya yang ke-9 dalam Serie A musim ini untuk Roma tewas di tempat lawan buat kali ke-3 setelah bertemu Udinese.

Atalanta
Pengurus, Francesco Guidolin berkata Udinese benarkan German Denis menyertai Atalanta kerana Zebrette tidak boleh janjikan tempat kepadanya.

Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli menafikan pendapat yang mengatakan dia mahu menggugurkan penyerang, Marco Di Vaio daripada skuad utamanya.

Cagliari
Cagliari tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Bologna yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.

Catania
Catania tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Lecce yang masih belum pernah menang di hadapan penyokong sendiri.

Cesena
Cesena tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Genoa, yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kedua.

Chievo
Pengurus Chievo, Di Carlo mengaku dia tidak turunkan Sergio Pellissier dalam Coppa Italia untuk memastikan dia cergas ketika menentang Milan.

Fiorentina
Fiorentina mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila bertemu Palermo yang belum pernah mencicirkan mata ketika di tempat sendiri.

Genoa
Alberto Malesani mengaku mengambil risiko dengan menggunakan sistem yang tidak pernah berjaya dan pemain pinggiran ketika Genoa bertemu Bari.

Inter Milan
Berita buruk untuk Inter yang sedang cuba bangun kerana kecederaan yang dialami oleh Lucio akan halang dia daripada beraksi selama 3 minggu.

Juventus
Agen Carlos Tevez mengesahkan pertemuannya dengan Milan, tetapi perjanjian belum dicapai kerana Juventus juga mahukan penyerang Man City itu.

Lazio
Pengurus Biancoceleste, Edy Reja menganggap perlawanan antara pendahulu Serie A, Lazio dan Juventus adalah penting kepada kedua-dua pasukan.

Lecce
Lecce tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Catania yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang pertama.

Napoli
Agen Giuseppe De Luca mengesahkan bahawa Napoli serta Genoa mahukannya dan percaya ia adalah langkah seterusnya untuk penyerang Varese itu.

Novara
Novara tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Parma yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kedua.

Palermo
Palermo mengesahkan yang Federico Balzaretti mahu menyertai Paris Saint-Germain pada bulan Januari supaya boleh berada dekat dengan isterinya.

Parma
Pengurus, Franco Colomba tidak mahu Parma memandang rendah terhadap Novara serta percaya padang sintetik tidak akan menjadi halangan besar.

Siena
Siena mahu mengutip mata buat kali keempat dari lima perlawanan bila menentang Inter yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kedua.

Udinese
Antonio Di Natale jaringkan golnya yang ke-9 di dalam Serie A untuk Udinese menang di tempat sendiri buat kali ke-6 setelah menentang Roma.

No comments:

Post a Comment