AC Milan
Milan yang mahukan penyerang Januari ini, dilapor telah mengalihkan perhatian mereka kepada Didier Drogba dan Nicolas Anelka daripada Chelsea.
AS Roma
Direktor Roma, Walter Sabatini mengaku pengurus, Luis Enrique mahukan pemain baru dan rundingan kontrak Daniele De Rossi masih berlangsung.
Atalanta
Nocerina mahukan Simone Tiribocchi yang tidak dapat bermain kerana prestasi German Denis, tetapi Atalanta enggan kehilangan pengalamannya.
Bologna
Pengurus Bologna, Stefano Pioli mengaku ketika tiba di kelab itu, dia tidak sangka akan bertemu skuad yang masih bersemangat untuk berjuang.
Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino percaya dia terpaksa memecat pengurus beberapa kali musim ini kerana mereka perlu meningkatkan kualiti.
Catania
Pemain tengah Catania, Marco Biagianti mengumumkan bahawa dia akhirnya pulih daripada kecederaannya dan sudah bersedia untuk kembali beraksi.
Cesena
Pengurus Cesena, Arrigoni kini boleh menurunkan semula Giuseppe Coluccio dan Martinho yang akan menjadi kunci kepada pertemuan dengan Bologna.
Chievo
Pengurus Chievo, Mimmo Di Carlo mahu skuadnya meneruskan peningkatan dan percaya mereka boleh bertindak lebih agresif mengejar status Serie A.
Fiorentina
Andrea Della Valle berkata Fiorentina kini berubah dengan kehadiran Delio Rossi dan yakin mereka masih boleh melayakkan diri untuk ke Eropah.
Genoa
Siena dilapor mahu menggunakan hak mereka membeli separuh daripada kontrak Mattia Destro dengan nilai EUR1.5 juta pada bulan Januari nanti.
Inter Milan
Pemain tengah Inter, Sulley Muntari mungkin dipinjamkan kepada Napoli pada bulan Januari jika Partenopei berjaya mara dalam Liga Juara-juara.
Juventus
Juventus dilapor sedang menyediakan tawaran bernilai EUR7 juta untuk pemain pertahanan Hamburg, Dennis Aogo di dalam pasaran Januari nanti.
Lazio
Lazio dilapor mahu mendapatkan penyerang Malaga, Julio Baptista dan kelab Sepanyol itu mungkin sanggup melepaskannya dengan harga EUR7 juta.
Lecce
Pengurus, Di Francesco yakin Lecce berada di atas landasan, tetapi adalah penting untuk mereka menjaringkan gol dan menang di tempat sendiri.
Napoli
Pemain tengah Inter, Sulley Muntari mungkin dipinjamkan kepada Napoli pada bulan Januari jika Partenopei berjaya mara dalam Liga Juara-juara.
Novara
Hanya pemain tengah, Filippo Porcari dan pertahanan, Massimo Paci yang telah memulakan kesemua 10 perlawanan untuk kelab itu pada musim ini.
Palermo
Presiden, Maurizio Zamparini mengaku Palermo masih dalam proses pembinaan, tetapi menegaskan bahawa dia 'tidak pernah mencela' pengurusnya.
Parma
Agen Sebastian Giovinco gembira Juventus dan Chelsea berminat dengan pemain itu, tetapi mereka hanya berfikir mengenainya selepas musim tamat.
Siena
Siena dilapor mahu menggunakan hak mereka membeli separuh daripada kontrak Mattia Destro dengan nilai EUR1.5 juta pada bulan Januari nanti.
Udinese
Udinese dilapor akan menawarkan EUR5 juta untuk pemain Valenciennes, Carlos Sanchez yang mahu menyertai kelab yang bermatlamat lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment