Monday, November 28, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Marcelo Bielsa yakin Bilbao berhak mendapat keputusan yang lebih baik selepas bertemu Granada, tetapi mengaku mereka gugup dalam babak kedua.

Atletico Madrid
Pemain pertahanan Atletico, Alvaro Domiguez merungut bahawa adalah sukar untuk 10 melawan 14 orang, berikutan kekalahan kepada Real Madrid.

Barcelona
Chelsea mahu mendapatkan seorang lagi remaja dari Barcelona dan sedang membuat persediaan untuk membeli Sergi Roberto yang bernilai GBP5 juta.

Espanyol
Espanyol mensasarkan tiga orang penyerang termasuklah Marouane Chamakh yang hanya sekali memulakan perlawanan untuk Arsenal pada musim ini.

Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia memuji usaha luar biasa pemainnya mengelakkan gawang daripada dibolosi ketika menentang pasukan terbaik dunia.

Granada
Pengurus Granada, Fabri Gonzalez gembira dengan kemenangan di San Mames dan meminta maaf kerana terlibat dalam pertengkaran di tepi padang.

Levante
Pengurus, Juan Ignacio berkata dia tidak pernah meragui Levante sebelum mereka akhiri rekod buruk dengan kemenangan besar ke atas Sporting.

Malaga
Francisco Suarez jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Malaga menang di tempat sendiri buat kali kelima setelah bertemu Villarreal.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar gesa pemainnya supaya bertenang dan menangguhkan keinginan mereka untuk menduduki tempat ke Eropah.

Racing Santander
Pengurus Racing, Hector Cuper berkata Mallorca telah ambil kesempatan terhadap ruang yang diberi oleh skuadnya yang terdesak pada babak kedua.

Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Sandoval percaya untuk menang di Camp Nou, Barcelona perlu mengalami hari yang teruk dan skuadnya bermain di tahap 120 peratus.

Real Betis
Masa depan pengurus Real Betis, Pepe Mel di Villamarin kelihatan semakin samar, walaupun lembaga kelab itu telah menyatakan sokongan mereka.

Real Madrid
Sami Khedira tidak bimbang mengenai saingan ketat merebut tempat di Bernabeu kerana adalah normal untuk kelab itu mempunyai banyak pilihan.

Real Mallorca
Pengurus Real Mallorca, Joaquin Caparros gembira dengan usaha para pemainnya, tetapi marah dengan gol yang dilepaskan kepada Racing Santander.

Real Sociedad
Pengurus Real Sociedad, Philippe Montanier menegaskan bahawa dia tidak bimbang mungkin dipecat dan skuadnya amat fokus sepanjang minggu lalu.

Real Zaragoza
Penjaga gol Real Zaragoza, Roberto Jimenez puji pengurus, Javier Aguirre kerana menyatupadukan pasukannya dengan sikap tenang dan semangatnya.

Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral puas hati tewaskan Real Zaragoza, tetapi mengaku skuadnya bergelut di penghujung kerana mereka cemas.

Sporting Gijon
Pengurus, Manolo Preciado mengaku Sporting Gijon kalah kerana kekuatan Levante, tetapi mengaku bahawa pertahanan skuadnya juga kurang mantap.

Valencia
Angel Dealbert yakin skuad Valencia boleh mendapatkan piala pada musim ini untuk pengurus, Unai Emery yang tidak mengikut telunjuk sesiapapun.

Villarreal
Francisco Suarez jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Villarreal tewas di tempat lawan buat kali keempat setelah bertemu Malaga.

No comments:

Post a Comment