Tuesday, November 29, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Inigo Perez mengaku skuad pelawat kini lebih optimistik mengenai peluang untuk menang di San Mames, berikutan kekalahan Bilbao kepada Granada.

Atletico Madrid
Agen Diego Godin membuka pintu kepada perpindahan ke Roma, setelah mengakui bahawa pemain Atletico itu berminat dengan projek Giallorossi.

Barcelona
Alexis Sanchez jaringkan golnya yang ketiga dalam La Liga untuk Barcelona menang di tempat sendiri buat kali ketujuh setelah menentang Rayo.

Espanyol
Jordi Amat tenang mengenai kedudukannya sebagai pemain simpanan Espanyol, tetapi berazam merampas semula tempatnya dalam kesebelasan utama.

Getafe
Penjaga gol Getafe, Miguel Angel Moya tidak dapat turun menentang Sevilla kerana dia perlukan 10 hari untuk pulih daripada pembedahan hidung.

Granada
Presiden, Enrique Pina berkata pasukan Granada telah mencatatkan kemenangan berprestij di San Mames, tetapi mahu mereka kekal rendah diri.

Levante
Presiden, Enrique Pina berkata pasukan Levante telah mencatatkan kemenangan berprestij di San Mames, tetapi mahu mereka kekal rendah diri.

Malaga
Pemain Levante, Nano berkata skuadnya akan catatkan permulaan musim yang terbaik dalam sejarah kelab itu jika boleh jaringkan gol di Camp Nou.

Osasuna
Penyerang Osasuna, Roland Lamah gesa pasukannya mengekalkan prestasi baik mereka dan percaya kemenangan di Espanyol tiba tepat pada masanya.

Racing Santander
Hector Cuper telah meletak jawatan sebagai pengurus Racing, berikutan rekod buruk mereka dan Jose Carlos telah mengambil alih buat sementara.

Rayo Vallecano
Alexis Sanchez jaringkan golnya yang ketiga dalam La Liga untuk Rayo tewas di tempat lawan buat kali yang ketiga setelah menentang Barcelona.

Real Betis
Direktor, Valada Stosic nafi yang dia memberi arahan kepada Pepe Mel dan menegaskan bahawa Betis tidak campur tangan dalam urusan pengurus.

Real Madrid
Manchester United dilapor sedang mempertimbangkan kemungkinan mengambil pemain Real Madrid, Sami Khedira yang juga menjadi sasaran Chelsea.

Real Mallorca
Pemain sayap Mallorca, Emilio Nsue ramalkan perlawanan yang amat sukar menentang Bilbao yang pasti berazam mahu menewaskan Joaquin Caparros.

Real Sociedad
Pengurus, Montanier puas hati melihat usaha Sociedad membuahkan hasil dan berkata 3 gol di Betis buktikan bahawa mereka mempunyai kualiti.

Real Zaragoza
Pemain pertahanan Real Zaragoza, David Mateos meminta maaf kerana memberikan penalti yang menghalang skuadnya daripada seri dengan Sevilla.

Sevilla
Coke gembira melihat Negredo kembali menjaringkan gol dan mengaku kemenangan di tempat lawan telah membantu Sevilla berlatih dengan tenang.

Sporting Gijon
Miguel de las Cuevas tidak mahu ambil risiko dengan masalah pahanya kerana mahu memastikan dia boleh membantu Gijon menentang Real Madrid.

Valencia
Antonio Barragan berharap dia dapat muncul di Mestalla buat kali yang pertama dan menegaskan bahawa Valencia belum berfikir mengenai Chelsea.

Villarreal
Pengurus Villarreal, Juan Carlos Garrido percaya perlawanan menentang Malaga adalah seimbang dan pasukannya hanya kekurangan gol malam itu.

No comments:

Post a Comment