Arsenal
Bintang FC Dallas kini berlatih bersama Arsenal bagi menimba pengalaman bersama kelab utama Eropah dan mungkin akan menyertai skuad simpanan.
Aston Villa
Penolong pengurus Aston Villa, Peter Grant menafikan laporan yang mengaitkan pemain sayap, Charles N'Zogbia dengan perpindahan ke Sunderland.
Blackburn
Blackburn dilapor telah menawarkan kontrak baru yang lebih bagus kepada pengurus, Steve Kean walaupun kelab itu menduduki tempat yang corot.
Bolton
Kapten Bolton, Kevin Davies menerima hakikat bahawa rundingan mengenai kontrak baru perlu ditangguhkan sehingga kedudukan mereka lebih kukuh.
Chelsea
Penyerang Chelsea, Fernando Torres mengaku lebih sukar menyesuaikan diri di Stamford Bridge berbanding ketika dia baru menyertai Liverpool.
Everton
Pengurus, David Moyes teruja dengan kepulangan pemain tengah, Marouane Fellaini yang diharap akan meletakkan Everton di atas landasan kembali.
Fulham
Pemain pertahanan Fulham, Zdenek Grygera tidak dapat bermain selama enam bulan setelah mengalami kecederaan lutut ketika menentang Tottenham.
Liverpool
Kenny Dalglish mengugut akan menurunkan skuad remaja Liverpool di dalam suku-akhir Piala Carling sebagai memprotes jadual yang amat memalukan.
Manchester City
Carlos Tevez mendakwa yang dia telah cuba menghubungi Roberto Mancini sebelum dan selepas dia mengambil keputusan untuk kembali ke Argentina.
Manchester United
CEO Manchester United, David Gill menegaskan bahawa pengganti pengurus, Sir Alex Ferguson perlu menerima sepenuhnya nilai-nilai kelab itu.
Newcastle United
Direktor Newcastle, Derek Llambias percaya kelab itu boleh menjana GBP10 juta setahun dengan menjual hak menamakan stadium St James' Park.
Norwich City
Penyerang Wales, Steve Morison berkata Norwich tidak boleh mudah berpuas hati walaupun telah membuat permulaan yang baik di dalam musim ini.
Queens Park Rangers
Penyerang, Patrick Agyemang kini kembali berada di Queens Park Rangers setelah kontraknya selama sebulan bersama kelab Championship berakhir.
Stoke City
Stoke telah menawarkan kontrak baru kepada Thomas Sorensen, akan tetapi penjaga gol itu mahu bermain dengan lebih kerap menjelang Euro 2012.
Sunderland
Penolong pengurus Aston Villa, Peter Grant menafikan laporan yang mengaitkan pemain sayap, Charles N'Zogbia dengan perpindahan ke Sunderland.
Swansea City
Pemain tengah veteran kelab Swansea City, Mark Gower berharap dia dapat menandatangani kontrak baru di Stadium Liberty pada hujung minggu ini.
Tottenham
Giovani Dos Santos menggariskan hasratnya untuk keluar daripada Tottenham pada bulan Januari setelah gagal membuat impak sejak tiba di situ.
West Brom
Portsmouth sahkan bahawa Michael Appleton adalah pengurus baru kelab itu selepas mencapai persetujuan dengan West Brom mengenai wang pampasan.
Wigan Athletic
CEO Wigan, Jonathan Jackson menegaskan bahawa mereka sedang melakukan segala yang terdaya untuk mengekalkan khidmat penyerang, Hugo Rodallega.
Wolverhampton
Sylvan Ebanks-Blake dedahkan bahawa dia sedang cuba menyesuaikan cara permainannya supaya boleh bermain dengan berkesan di dalam Liga Premier.
No comments:
Post a Comment