AC Milan
AC Milan dilapor telah membuka rundingan dengan agen Carlos Tevez mengenai kemungkinan meminjam khidmat penyerang Man City pada bulan Januari.
AS Roma
Francesco Totti digugurkan daripada skuad Roma untuk perlawanan menentang Udinese setelah dia mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.
Atalanta
Matias Ezequiel Schelotto hanya fokus pada Atalanta, tetapi mengaku impiannya adalah untuk menyertai skuad Itali dalam pertandingan Euro 2012.
Bologna
Berita buruk untuk Bologna kerana pemain tengah, Diego Perez tidak dapat beraksi selama dua ke tiga minggu setelah mengalami kecederaan paha.
Cagliari
Siena mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah menyingkirkan kelab Cagliari hasil jaringan gol Pablo Gonzalez dan Angelo Mariano.
Catania
Agen Andrea Catellani mengesahkan bahawa Brescia berminat mendapatkan penyerang itu, tetapi Catania berkeras untuk mengekalkan khidmatnya.
Cesena
Penyerang Cesena, Dominique Malonga memuji pengalaman dan teknik Adrian Mutu dan percaya yang mereka berdua saling melengkapi di atas padang.
Chievo
Pengurus Chievo, Domenico Di Carlo gembira dengan sikap pasukannya ketika menewaskan Modena dan teruja untuk turun menentang Udinese pula.
Fiorentina
Fiorentina mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah menyingkirkan Empoli setelah Alessio Cerci menjaringkan kedua-dua gol Viola.
Genoa
Genoa mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah menyingkirkan kelab Bari pada waktu tambahan hasil usaha Birsa, Jorquera dan Pratto.
Inter Milan
Tottenham adalah kelab Inggeris terkini dikaitkan dengan usaha mendapatkan pemain Inter, Cristian Chivu yang akan tamat kontrak pada Jun 2012.
Juventus
Juventus dilapor sedang memerhatikan pemain pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummerls yang dianggarkan bernilai EUR15 juta dalam pasaran.
Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja mungkin menggugurkan Djibril Cisse daripada skuad yang akan menentang Juventus, berikutan prestasinya di hadapan gol.
Lecce
Luis Muriel mahu diberi peluang menentang Catania dan percaya ini adalah masa terbaik untuk Lecce menang di tempat sendiri buat kali pertama.
Napoli
Paolo Cannavaro percaya skuad yang dibina dan dimajukan secara teliti juga boleh mencapai nilai tinggi, berikutan kemenangan ke atas Man City.
Novara
Presiden Novara, De Salvo berkata mereka sedang bekerja keras untuk kekal di dalam Serie A dan tiada sebab untuk dia memecat Attilio Tesser.
Palermo
Januari ini Palermo mungkin akan menyerahkan tawaran untuk mendapatkan khidmat penyerang, Andrej Kramaric yang terikat kepada Dinamo Zagreb.
Parma
Cristian Zaccardo mahu skuad Parma meneruskan prestasi baik mereka, tetapi beri amaran bahawa Novara terdesak untuk menang di tempat sendiri.
Siena
Siena mara ke peringkat 16 terakhir Coppa Italia setelah menyingkirkan kelab Cagliari hasil jaringan gol Pablo Gonzalez dan Angelo Mariano.
Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin mahu pasukannya fokus hanya pada usaha mengutip 40 mata sebelum mereka cuba mencapai matlamat yang lain.
No comments:
Post a Comment