Minta maaf, lambat post hari ni
Arsenal
Pemain pertahanan Rennes, Kader Mangane percaya rakannya, Yann M'Vila akan berpindah ke kelab Arsenal atau Real Madrid pada musim panas nanti.
Aston Villa
Pertahanan Aston Villa, James Collins menarik diri daripada skuad Wales untuk perlawanan persahabatan menentang Norway kerana masalah lutut.
Blackburn
Pengurus, Steve Kean berharap beberapa orang pemain senior Blackburn sempat pulih sebelum jadual perlawanan Liga Premier disambung semula.
Bolton
Ivan Klasnic percaya kemenangan 5-0 ke atas Stoke City adalah petanda baik yang diperlukan untuk membantu Bolton itu mengatasi masalah mereka.
Chelsea
Penyokong Chelsea yang membantah cubaan kelab itu untuk membeli geran Stamford Bridge, juga telah menolak tawaran menyertai lembaga kelab itu.
Everton
CEO Everton, Robert Elstone percaya penyertaan Jack Rodwell ke dalam skuad England beri imej yang baik kepada pemain dan akademi kelab itu.
Fulham
Penyerang Fulham, Bobby Zamora merancang untuk menjadi pemain tetap skuad England, berikutan ketiadaan Wayne Rooney dalam perlawanan Sabtu ini.
Liverpool
Pemain skuad kebangsaan remaja Amerika Syarikat, Marc Pelosi telah menyertai akademi Liverpool selepas menandatangani kontrak dengan kelab itu.
Manchester City
Penyerang, Carlos Tevez menerima keputusan Man City menggantungnya selama dua minggu serta denda yang dikenakan kerana melanggar disiplin.
Manchester United
Penjaga gol, Tomasz Kuszczak mendakwa bahawa Man Utd melayannya bagaikan hamba dan menegaskan hasratnya untuk keluar pada bulan Januari nanti.
Newcastle United
Pemain tengah Newcastle, Danny Guthrie mengaku dia terpaksa mengubah cara permainannya bagi mendapatkan tempat di dalam skuad Alan Pardew.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert berazam tidak akan membeli membuta-tuli, dan telah mensasarkan satu atau dua orang pemain untuk bulan Januari.
Queens Park Rangers
Kapten QPR, Joey Barton tidak menyimpan harapan untuk kembali ke dalam skuad England setelah dia sekali lagi diketepikan oleh Fabio Capello.
Stoke City
Pengerusi Stoke, Peter Coates menegaskan bahawa kekalahan teruk di Bolton bukanlah hari kiamat dan ramalkan reaksi positif daripada pemainnya.
Sunderland
Sunderland mendenda Titus Bramble kerana mencemarkan nama kelab itu setelah dituduh melakukan serangan seksual dan kencing di khalayak ramai.
Swansea City
Penjaga gol Swansea, Michel Vorm akui Luis Suarez adalah pemain bertaraf dunia, tetapi berpendapat yang Liverpool terlalu bergantung kepadanya.
Tottenham
Pemain sayap Tottenham, Steven Pienaar mengaku dia berasa murung kerana tidak dapat membantu kempen Spurs di dalam Liga Premier pada musim ini.
West Brom
Jonas Olsson berkata skuad West Brom gagal memenuhi potensi dalam dua perlawanan sebelum ini, berikutan kekalahan kepada Liverpool dan Arsenal.
Wigan Athletic
Pemain pertahanan Wigan, Antolin Alcaraz akan digantung tiga perlawanan setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan meludah ke arah pemain lawan.
Wolverhampton
Pemain tengah Wolves, David Edwards mengaku bimbang kerjayanya mungkin sudah berakhir ketika dia menjalani pemulihan sepanjang tujuh bulan.
No comments:
Post a Comment